Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Aktivis Politik Dan Penyokong Trump, Charlie Kirk Maut Ditembak

Aktivis dan pempengaruh politik, Charlie Kirk yang juga penyokong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dilaporkan maut selepas ditembak ketika menghadiri satu program di Utah Valley University, semalam.

Charlie Kirk maut ditembak

Menurut laporan AFP, insiden yang disifatkan sebagai ‘pembunuhan politik’ itu mencetuskan kebimbangan berlakunya gelombang keganasan politik baharu di negara tersebut.

Charlie Kirk maut

Foto: Los Angeles Times

Trump sendiri mengesahkan kematian Kirk menerusi akaun Truth Social.

Rakaman video kejadian menunjukkan Kirk sedang menjawab soalan penonton sebelum bunyi satu das tembakan kedengaran sebelum rebah di kerusi, sekali gus mencetuskan suasana panik.

Artikel lain: Kaki Bengkak, Tangan Lebam? Trump Dilapor Hidap Penyakit Urat Kronik

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati peluru dilepaskan dari atas bumbung kampus oleh seorang suspek berpakaian hitam.

Pengarah FBI, Kash Patel memaklumkan seorang individu telah ditahan.

“Suspek dalam kejadian tembakan tragis yang meragut nyawa Charlie Kirk hari ini kini sudah berada dalam tahanan,” tulisnya di platform X.
Charlie Kirk maut

Foto: X

Bendera separuh tiang selepas Charlie Kirk maut ditembak

Menggambarkan kedudukan penting Kirk dalam orbit politiknya, Trump mengarahkan semua bangunan kerajaan mengibarkan bendera pada separuh tiang sehingga Ahad ini.

“Tiada siapa yang lebih memahami dan dekat di hati golongan muda di Amerika Syarikat berbanding Charlie. Dia sangat disayangi dan dikagumi oleh semua, terutamanya saya. Kini, dia tidak lagi bersama kita,” kata Trump.
Charlie Kirk maut

Foto: NDTV

Untuk rekod, Kirk dikenali sebagai pengasas bersama Turning Point USA pada 2012, sebuah gerakan konservatif anak muda yang melonjakkan pengaruh Trump dalam kalangan pengundi muda.

Dengan jutaan pengikut di media sosial, beliau lantang mempromosi dasar anti-imigresen, hak pemilikan senjata api serta agenda Kristian konservatif, sekali gus menjadikannya figura dominan di kampus-kampus universiti.

Sumber: AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd