Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Maklum Calon SPM Didakwa Bunuh Ibu & Abang Mungkin Ada Masalah Mental

Kes pelajar sekolah yang didakwa membunuh ibu dan abangnya minggu lalu memasuki fasa baharu apabila barisan peguamnya memaklumkan kemungkinan calon SPM itu mengalami masalah mental.

calon spm

Ada individu yang kenal dakwa remaja punyai masalah mental

Memetik laporan daripada Malasysia Gazette, Peguam Cassian Anthony, Francis Augustine Sosay dan E Lee Thian menyatakan perkara itu dimaklumkan oleh individu yang mengenali tertuduh, namun pihak peguam akan meneliti lebih lanjut sebelum membawa isu itu ke peringkat seterusnya.

“Kami baru diberitahu hari ini oleh mereka yang mengenali anak guam, dia ada mengalami masalah mental.
“Namun kita akan meneliti semula sebelum membuat sebarang permohonan bagi membolehkan dia dirujuk kepada doktor pakar di Hospital Bahagia untuk pada tarikh sebutan akan datang,” kata Cassian selepas prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka.

Calon SPM dilihat tenang sewaktu berada di mahkamah

Menurut Cassian lagi, sepanjang prosiding tertutup yang dijalankan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani, remaja terbabit dilihat tenang walaupun sudah mengetahui hukuman yang menanti.

“Selain itu, tiada ahli keluarga atau waris remaja berkenaan dilihat berada di dalam mahkamah walaupun dijemput untuk mendengar pertuduhan itu,” tambahnya.

Artikel lain: Dendam Dipaksa Belajar Jadi Punca Calon SPM Habiskan Nyawa Ibu & Abang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, seorang guru yang juga merupakan ibu tunggal telah ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dilakukan oleh anak keduanya.

Anak pertama guru terbabit turut meninggal dunia sewaktu cuba menghalang adiknya menghabiskan nyawa ibu mereka.

Adik bongsu tertuduh yang berusia 13 tahun juga parah apabila ditemui di ruang tamu rumah sebelum remaja berusia 17 tahun itu duduk termenung di hadapan rumah mereka.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Lebihan Makanan Dibasuh Untuk Haiwan! Pemilik restoran RB Nasi Kandar, Datuk Fadzil A Bakar, menafikan dakwaan bahawa premisnya di Kemayan Square membasuh lebihan makanan...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd