Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Buku Tu Cuma RM2, Tapi Nilainya Besar” – Ibu Luah Rasa Kecewa, Buku Anak Dikoyak Guru Ganti

Seorang ibu meluahkan rasa kecewa selepas buku yang dibeli anak lelakinya menggunakan duit simpanan sendiri dikoyak seorang guru ketika tamat peperiksaan akhir tahun KAFA pada Khamis lalu.

Guru KAFA koyak buku RM2

Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita berusia 48 tahun itu berkata, kejadian berlaku selepas anaknya yang berusia sembila tahun selesai menjawab kertas soalan dan sedang membaca buku hiburan baharu yang dibelinya di kantin sekolah pada waktu rehat pagi.

koyak

Foto: FB Khairul Kamarudin

“Saya faham jika anak saya dimarahi sekiranya membuat salah, tapi cara ustazah itu langsung tidak menunjukkan sifat seorang pendidik. Anak saya hanya senyap kerana terkejut dan sedih.
“Buku itu cuma RM2, tapi nilainya besar kerana dibeli dengan duit simpanan sendiri,” katanya.

Difahamkan, guru terbabit merupakan seorang guru ganti berusia dalam lingkungan 20-an yang baru mengambil alih kelas tersebut selepas guru asal bertukar.

Artikel lain: Raikan Guru Bersara, Murid Hulur Duit RM1 Sambil Menangis Teresak-Esak

Ibu murid itu berkata, tindakan guru itu sangat kasar dan tidak wajar terhadap murid yang tidak melakukan sebarang kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau nak menegur pun, tegurlah dengan cara baik. Anak saya hanya ingin membaca buku yang baru dibelinya semasa jualan di kantin,” ujarnya.

Menurut wanita itu, beberapa murid lain turut memberitahu bahawa buku tersebut dibeli dengan kebenaran pihak sekolah semasa jualan buku yang dijalankan oleh penerbit Rakan Dididk Publications di kantin pada waktu pagi.

Namun, guru tersebut dikatakan tetap memarahi dan mengoyakkan buku itu sambil menegaskan bahawa murid datang ke sekolah untuk belajar, bukan bermain.

koyak

Foto: Carian Google

Ibu murid itu turut menambah, sepupu anaknya yang berada di kelas sama turut menyaksikan kejadian tersebut.

Dia juga memaklumkan bahawa anak bongsunya yang kedua itu mempunyai kad OKU disleksia dan sudah boleh membacacdalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kerana mengikuti kelas tuisyen tambahan.

Kejadian itu telah dilaporkan kepada guru besar sekolah untuk siasatan lanjut dan pihak keluarga masih menunggu perkembangan seterusnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, guru yang koyak buku terbabit dilaporkan belum menghubungi ibu murid untuk memohon maaf.

Sumber: Malaysia Gazette (Zazrina Zainuddin)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ketegangan konflik antara pempengaruh, Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, bersama keluarga isterinya, Fatin Syazwani Ishak, dilihat semakin meruncing....

Lokal

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini. Cik Bunga dakwa dimalukan...

Lokal

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM7.4 juta kepada seorang lelaki, K Vimal Raj, 22 tahun, selepas didapati berlaku kecuaian perubatan yang menyebabkan...

Sosial

Pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Wahab Deris, 64, terharu apabila menerima lebih 2,000 hadiah daripada pelajar serta guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeli 2,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd