Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bukan Sekat Kebebasan Bersuara, Lesen CASP Buat Penyedia Platform Lebih Bertanggungjawab

Kerajaan dicadang memberi penjelasan bahawa pelesenan media sosial, Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (CASP) yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu adalah bertujuan bagi menangani masalah keselamatan seperti penyebaran fitnah dan gangguan siber, bukan sekat kebebasan bersuara.

Bukan sekat kebebasan bersuara!

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pascasiswazah) Fakulti Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL), Ts Dr Latifah Abd Latib berkata, kerajaan boleh menganjurkan dialog terbuka supaya pengguna media sosial lebih memahami tujuan pelaksanaan pelesenan tersebut.

“Kerajaan boleh melibatkan pengguna dalam proses dasar dengan mewujudkan dialog antara kerajaan, pakar media dan pengguna media sosial untuk mendapatkan pandangan dan mewujudkan kepercayaan.
“Malah, kerajaan perlu memastikan peraturan ini tidak disalah gunakan untuk menyasarkan pihak tertentu selain menjalankan kempen yang menekankan manfaat lesen ini kepada pengguna, seperti mengurangkan risiko penipuan serta penyalahgunaan data,” katanya ketika ditemu bual Borak Daily baru-baru ini.

sekat kebebasan bersuara

Beliau diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memaklumkan terdapat empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial telah memohon lesen bagi membolehkan platform mereka beroperasi di negara ini.

Untuk makluman, Tencent (WeChat) dan ByteDance (TikTok) antara dua perusahaan terawal yang telah memperoleh lesen tersebut di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Advertisement. Scroll to continue reading.

sekat kebebasan bersuara

Sementara itu, Dr Latifah menyifatkan langkah pelesenan itu sebagai usaha kerajaan untuk mengawal selia penggunaan platform digital secara lebih bertanggungjawab.

“Dengan peningkatan isu seperti penyebaran berita palsu, buli siber, dan kandungan berunsur kebencian, pengenalan lesen itu berpotensi untuk melindungi masyarakat kerana dapat membantu mengurangkan penyalahgunaan platform media sosial, terutama yang memberi kesan negatif kepada individu dan komuniti,” ujarnya.

Terdahulu, CASP dirangka khusus bagi memperkukuh keselamatan dalam talian, mempertingkat perlindungan pengguna terutamanya bagi kanak-kanak dan golongan rentan.

Bagi Kementerian Komunikasi, penguatkuasaan terbabit bukan langkah kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat sebaliknya pengguna media sosial akan dapat melayari platform dengan lebih selamat.

Artikel lain: Tidak Libatkan Pengguna, Lesen Hanya Untuk Penyedia Perkhidmatan Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kementerian Komunikasi di bawah pimpinan Fahmi Fadzil menjelaskan, bebebasan bersuara adalah hak asasi diiktiraf yang termaktub di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, tetapi perlu disertai dengan tanggungjawab.

“Kebebasan tiada sempadan adalah kebebasan yang mengundang malapetaka. Oleh itu, tindakan ini adalah untuk memastikan keseimbangan antara kebebasan bersuara, keselamatan negara dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya bagi menjawab soalan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran), baru-baru ini.

Terdahulu, Suhaimi bertanya mengenai langkah dan jaminan Kementerian Komunikasi dalam memastikan kebebasan bersuara pengguna media sosial boleh terus dizahirkan tanpa dihalang oleh kerajaan.

Ternyata, pelaksanaan CASP menjadikan penyedia perkhidmatan lebih bertanggungjawab selain dapat mewujudkan rakyat Malaysia yang beretika dalam menyuarakan pendapat masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd