Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bukan Saya Mansuh UPSR, PT3 Tetapi Putrajaya (Radzi Jidin) – Fadhlina

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 dibuat oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, iaitu Datuk Radzi Jidin, jelas Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Memetik laporan Harian Metro, Fadhlina menegaskan perkara itu apabila ramai ahli Parlimen memberi perhatian terhadap pemansuhan ujian berkenaan.

Foto: Carian Google

“Saya dapati ramai ahli Yang Berhormat (YB) masih berminat isu berbangkit berkaitan peperiksaan. 
“Ramai yang bertanya, menggesa (peperiksaan) mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak kita khususnya selepas pemansuhan UPSR dan PT3.
“Saya ingin beri penegasan, yang hapuskan peperiksaan bukan saya tetapi (ahli Parlimen) Putrajaya (Radzi ). Saya ambil pendekatan apa yang ada dalam sistem sekarang ini khususnya pentaksiran.
“Ini harus diberikan kekuatan, penegasan dan juga (usaha) memperkukuh guru-guru kita,” katanya ketika Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Mansuh peperiksaan bukan penyelesaian masalah pendidikan - GPMS - Sinar Harian

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Fadhlina menyatakan bahawa keputusan KPM berhubung isu berkenaan adalah jelas, iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Memperincikan justifikasi pelaksanaan PBS itu, beliau berkata, ia antara usaha kementeriannya bagi pembangunan pendidikan secara holistik.

Sumber: Harian Metro (Latifah Arifin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd