Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

BP Cougars Kejutkan Kuasa Besar Ragbi, Asyraf Wajdi Umum MRSM Seluruh Negara Cuti Isnin

BP Cougars Kejutkan Kuasa Besar Ragbi

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau mencipta sejarah apabila muncul juara baharu Kejohanan Super Schools Rugby 2025 selepas menewaskan pasukan pilihan, Victoria Institution (VI) 14-13 dalam aksi final yang berlangsung di Taman Ekuestrian Putrajaya, sebentar tadi.

Kejayaan dramatik itu menyaksikan BP Cougars menjadi pasukan MRSM pertama memenangi kejuaraan tersebut, sekaligus mengejutkan kuasa besar ragbi sekolah tanah air.

BP Cougars Kejutkan Kuasa Besar Ragbi

Susulan kemenangan bersejarah itu, Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan semua MRSM di seluruh negara diberi cuti pada Isnin sebagai tanda penghargaan.

“Semua MRSM diisytiharkan cuti esok 28 Julai 2025,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Artikel lain: 31 MRSM Catat GPM Bawah 2.0, Asyraf Wajdi Anggap Satu Pencapaian Luar Biasa!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perlawanan akhir penuh tekanan, VI terlebih dahulu membuka mata hasil try daripada Indra Putra Sharulnizam yang disempurnakan dengan conversion oleh Ummar Rayyan Mohd Sabri.

MRSM BP yang pertama kali beraksi di pentas final tidak menyerah mudah dan berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi try Muhammad Firdaus Zolkifli dan conversion daripada Zaim Irsyaduddin Hezrey Fardhilla.

Memasuki babak kedua, VI kembali di depan apabila Ummar Rayyan menyempurnakan dua penalti untuk mendahului 13-7.

Namun semangat juang BP Cougars tidak pernah luntur apabila Muhammad Firdaus sekali lagi mencuri tumpuan dengan try kedua pasukannya pada minit akhir, sebelum Aqil Zikry Abdul Malek tenang melakukan conversion yang memastikan kemenangan dramatik 14-13.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan ini bukan sahaja mencipta detik bersejarah buat MRSM Balik Pulau, malah seluruh ekosistem MRSM apabila cuti khas diumumkan untuk meraikan pencapaian luar biasa dalam sukan ragbi tanah air.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI, media sosial

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd