Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakar Ulas Kenyataan Azam Baki, BMI Tidak Lagi Relevan Sebagai Penentu Tahap Kesihatan

Pakar kesihatan dan kesejahteraan bersetuju bahawa Indeks Jisim Badan (BMI) tidak wajar dijadikan satu-satunya penanda dalam menilai tahap kesihatan atau kelayakan profesional, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh bersama penanda lain seperti tahap metabolik, komposisi lemak badan, dan ukuran lilitan pinggang.

Menurut laporan Malaysiakini, pandangan ini timbul susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, baru-baru ini yang memaklumkan bahawa pegawai dengan BMI melebihi 27 tidak akan layak untuk kenaikan pangkat bermula Januari 2026.

Foto: msn

Mengulas perkara itu, bekas Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee Ee Seong berkata walaupun inisiatif untuk memperbaiki tahap kesihatan anggota adalah wajar, menetapkan syarat berdasarkan BMI semata-mata adalah terlalu drastik.

“BMI yang tinggi tidak semestinya menunjukkan seseorang itu tidak cergas. Ia adalah satu indikator asas, bukan penentu keseluruhan kesihatan,” katanya.
bmi

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, Pengurus Besar PMCare, Dr Fong Yeat Min turut mempersoalkan keberkesanan dasar tersebut kerana menurutnya, ia berisiko menimbulkan stigma dan menafikan peluang kepada individu yang sebenarnya sihat dan berupaya menjalankan tugas dengan baik.

“BMI ada peranan, tetapi ia mempunyai kekangan. Ia tidak membezakan otot dengan lemak, tidak menunjukkan pengagihan lemak, dan tidak menggambarkan fungsi metabolik,” jelas beliau.

Jelasnya lagi, Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia sendiri menyarankan penggunaan penilaian tambahan seperti lilitan pinggang dan saringan komorbid untuk menentukan status kesihatan seseorang secara lebih tepat.

“Bagi menilai kesesuaian untuk sesuatu kerjaya, sepatutnya diadakan ujian kecergasan fizikal, kekuatan, daya tahan kardiovaskular dan ujian metabolik. Itu lebih relevan,” ujarnya.
bmi

Foto: Malaysiakini

Pandangan sama turut dikongsi oleh Dr Nor Baizura Md Yusop daripada Persatuan Komposisi Badan Malaysia yang menekankan keperluan pendekatan lebih menyeluruh dalam menangani isu kesihatan.

Katanya, dengan kadar obesiti dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi yang semakin meningkat, usaha mempromosi gaya hidup sihat harus bersifat inklusif dan menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“SPRM dan organisasi lain seharusnya memainkan peranan memimpin perubahan, bukan menghukum. Contohnya, mewujudkan program sokongan, bukannya menyingkir individu atas satu ukuran semata-mata,” terangnya.

Artikel lain: BMI Bawah 28 Antara Syarat Baru Untuk Kenaikan Pangkat Polis – KPN

Jurulatih kecergasan, K Kartik pula menekankan bahawa BMI sering mengelirukan kerana tidak mengambil kira jisim otot dan tahap kecergasan sebenar.

“Seorang ahli bina badan mungkin dikategorikan sebagai berlebihan berat berdasarkan BMI, walhal mereka lebih sihat berbanding individu dengan BMI normal tetapi peratusan lemak tinggi,” jelasnya.

Sebaliknya, Kartik menyarankan agar pendekatan yang lebih menyeluruh dan tidak menghukum diamalkan, antaranya menyediakan pilihan makanan sihat di tempat kerja, mengadakan program senaman dan kaunseling pemakanan serta menambah baik kemudahan kecergasan.

bmi

Foto: Malaysiakini

Dr T Darshini, seorang pengamal perubatan dan ahli bina badan, turut bersetuju bahawa kesihatan perlu dinilai dari pelbagai aspek dan bukan hanya bersandarkan pada satu parameter.

“Matlamatnya ialah keseimbangan jangka panjang. Gaya hidup sihat mesti bersifat lestari iaitu meliputi pemakanan, tidur cukup, dan aktiviti fizikal berterusan,” katanya.

Menurut beliau, perubahan gaya hidup memerlukan masa dan organisasi sepatutnya memberi sokongan melalui pemeriksaan berkala, program kesihatan serta persekitaran kerja yang menyeronokkan dan bebas tekanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memupuk kesedaran dan mewujudkan persekitaran positif adalah lebih berkesan berbanding pendekatan yang menghukum,” tambahnya.

Sumber: Malaysiakini (Dania Kamal Aryf)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Lokal

Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda bernilai lebih RM5 juta disambung reman selama tujuh...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd