Seorang pemuda di Bayan Lepas, Pulau Pinang dipercayai hilang arah hidup akibat ketagihan air ketum sehingga bertindak di luar kewarasan dengan mengumpul air kencing di dalam botol minuman dan menyimpannya di dalam bilik.
Botol air kencing dalam bilik
Lebih mengejutkan, tindakannya itu dilakukan walaupun tandas hanya berada beberapa langkah dari biliknya.
Tandas dekat tapi botol air kencing bersepah dalam bilik
Perkara tersebut didedahkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menerusi satu hantaran di Facebook hari ini yang memaklumkan pemuda berkenaan sudah hampir setahun ketagih air ketum.
Menurut agensi itu, pada awalnya pemuda tersebut sekadar mahu mencuba, namun lama-kelamaan menjadi ketagih sehingga tidak bekerja dan bertindak agresif apabila tidak mendapat wang untuk membeli air ketum.
“Inilah sisi gelap penagihan ketum yang jarang dipaparkan.
“Ketum bukan sekadar air daun. Ia mampu merosakkan akal, maruah dan hubungan keluarga,” katanya.
Artikel lain: Festival Muzik & Bahan Terlarang: Bolehkah Ujian Air Kencing Menyelamatkan Nyawa?
Sehubungan itu, AADK Pulau Pinang menasihatkan mereka yang terjebak agar tidak menunggu sehingga hilang arah hidup sebelum mengambil langkah untuk berubah.
“Jika anda mengenali individu yang memerlukan bantuan, hulurkan sokongan bukan kecaman,” katanya.
Sumber: Facebook AADK Penang







































