Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Biarkan Anak Menangis Sekarang, Daripada Kita Yang Menangis Nanti” – Ketua Polis Melaka

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar menegaskan tindakan tegas terhadap pelajar sekolah perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terlibat dalam kegiatan jenayah atau salah laku.

Menurut laporan Harian Metro, beliau berkata, pendekatan itu diambil bagi mendidik pelajar tentang disiplin dan tanggungjawab sejak awal, walaupun mungkin ada yang berasa kurang selesa.

“Biarkan anak-anak ini menangis sekarang daripada kita menangis di kemudian hari. Kadang-kadang kita perlu tegas demi kebaikan mereka,” katanya.
sjail

Foto: Harian Metro

Menurutnya, lawatan itu juga merupakan sebahagian daripada arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat kehadiran dan pemeriksaan di kawasan sekolah sebagai langkah membendung kegiatan jenayah dalam kalangan remaja.

Dzulkhairi menjelaskan, pemeriksaan yang dijalankan memberi tumpuan kepada aspek pencegahan, pendidikan dan penguatkuasaan bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan selamat.

“Mulai hari ini, pemeriksaan akan diadakan secara berterusan di lebih 336 sekolah di seluruh Melaka. Kita juga akan memeriksa telefon pelajar bagi memastikan tiada kandungan terlarang seperti bahan lucah, serta memastikan mereka tidak membawanya ke sekolah,” katanya.

Artikel lain: Suspek Tikam Pelajar Perempuan Ditahan, Polis Rampas Dua Senjata Tajam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan di sekolah terbabit tidak menemui sebarang kes jenayah berat, sebaliknya hanya kesalahan kecil seperti membawa daun terup dan telefon bimbit.

Dalam pada itu, Dzulkhairi berkata hasil kajian menunjukkan punca utama kes jenayah pelajar berpunca daripada persekitaran rumah, bukan semata-mata kelemahan pihak sekolah.

“Semuanya bermula di rumah. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting memantau anak-anak, termasuk penggunaan telefon dan pergaulan mereka,” ujarnya.

Beliau menegaskan, guru tidak dapat memantau semua pelajar pada setiap masa memandangkan jumlah pelajar yang ramai berbanding tenaga pengajar yang terhad.

“Contohnya, sekolah ini ada 1,500 pelajar tetapi hanya 78 guru. Jadi, memang sukar untuk pantau semua pelajar,” tambahnya.

Menurut Dzulkhairi, kes jenayah membabitkan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun di Melaka menunjukkan penurunan ketara dari Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 68 kes direkodkan tahun ini berbanding 91 kes pada 2024 di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin. Melaka Tengah mencatat jumlah tertinggi dengan 44 kes, namun tetap menurun berbanding 62 kes tahun lalu.

polis

Daripada jumlah itu, 24 kes melibatkan jenayah kekerasan dan 20 kes jenayah harta benda, termasuk kes mencederakan menggunakan senjata atau objek berbahaya di bawah Seksyen 324, 325 dan 326 Kanun Keseksaan.

Di Alor Gajah, jumlah kes meningkat sedikit daripada 17 kepada 18, manakala di Jasin, kes menurun ketara daripada 12 kepada 6 kes.

Dzulkhairi menegaskan, pihak polis akan terus menjalankan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa dan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis bukan mahu ambil alih tugas pihak sekolah, sebaliknya mahu membantu memastikan persekitaran sekolah kekal selamat dan kondusif untuk pelajar,” tegasnya.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd