Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemain, Penyokong Beri Penghormatan Terakhir Buat 15 Pelajar UPSI Sebelum Mulakan Perlawanan

Para pemain Malaysia dan Vietnam serta penyokong beri penghormatan terakhir kepada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi Isnin sebelum memulakan perlawanan kedua kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat kesemua pemain dan penyokong sedekahkan surah al-Fatihah serta mendoakan buat mangsa-mangsa yang terlibat selama satu minit.

Beri penghormatan terakhir

@yanamk10

1 minute silence before kick-off 🤲🏻 #upsi #upsiberduka #alfatihah🤲🏻 #fam #footballassociationmalaysia #alfatihah #malaysiavsvietnam #harimaumalaya #ultrasmalaya #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – ⚘.ᥫ᭡⋆˚✿˖° – ⚘.ᥫ᭡⋆˚✿˖°

Advertisement. Scroll to continue reading.
“One minute silence before kick-off,” ujar pemilik video.

Malam tadi, Harimau Malaya berjaya menewaskan Vietnam 4-0 pada perlawanan Kumpulan F kempen kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil

Percaturan Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang diberikan lampu hijau membariskan pemain warisan baharu turut menyumbang kepada kejayaan pasukan negara sekali gus menamatkan kemarau 11 tahun untuk menewaskan pasukan Naga Emas itu.

Pada babak pertama, Malaysia mempamerkan penguasaan di bahagian tengah namun dilihat masih tercari-cari keserasian sesama pasukan sehingga sukar untuk menembusi pertahanan Vietnam.

Artikel lain: “Aku Umur 18 Korbankan Nyawa Atas Gelanggang Demi Angkat Nama Negara” – Johan Ghazali

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beri penghormatan terakhir

Beri penghormatan terakhir

Foto: Bernama

Malaysia bagaimanapun hampir membuka jaringan menerusi Dion Cools pada minit ke-35, namun rembatan kencang daripada luar kotak penalti hanya menggegar tiang kanan gawang pelawat.

Malaysia kembali ke padang untuk meneruskan perlawanan separuh masa kedua dengan memperoleh jaringan pada minit ke-49 menerusi pemain warisan baharu Jodo Figueiredo selepas rembatannya tertampan pemain pertahanan Vietnam sebelum bola singgah ke dalam gawang Nguyen Filip.

Momentum serangan diteruskan oleh pemain negara apabila seorang lagi pemain warisan baharu Rodrigo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Holgado menambah jaringan menerusi sepakan leret di dalam kotak penalti 10 minit kemudian.

Pada minit ke-67, Malaysia menambah jaringan menerusi Corbin Ong selepas mendapat umpanan cantik Arif Aiman Mohd Hanapi sebelum Cools melengkapkan kemenangan Malaysia di laman sendiri apabila menanduk masuk bola pada minit ke-89.

Keputusan dilakar malam ini menyaksikan Malaysia merampas kedudukan pendahulu Kumpulan F dengan mengumpul enam mata manakala Vietnam di tempat kedua dengan tiga mata.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan F, Laos mencatat kemenangan 2-1 ke atas Nepal di Stadium Nasional Laos untuk menduduki tempat ketiga berkongsi tiga mata dengan Vietnam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia akan berdepan Laos pada 9 Okt bagi perlawanan ketiga Kumpulan F.

Sumber: TikTok @yanamk10, Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Arwah adalah anak harapan keluarga untuk menjadi seorang guru kerana menjadi satu-satunya anak yang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan..” Itu luahan daripada abang kepada...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan seorang pak cik tolak duit influencer lalu meluahkan kesyukuran atas bantuan yang disediakan oleh Kerajaan MADANI yang telah...

Sosial

Tular perkongsian seorang wanita yang memuat naik kisah suami sakit curang ketika lelaki itu sedang ditahan di sebuah hospital akibat mengalami masalah jantung. Menerusi...

Sosial

Baru-baru ini tular sebuah perkongsian memaparkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya telah menerima kecaman apabila mengetahui ia dilakukan atasa dasar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd