Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hampir 99 Peratus Siap! Benteng Penahan Ombak RM4.95 Juta Jalan Pantai Batu Rakit Kembali Runtuh

Benteng Penahan Ombak RM4.95 Juta

Jalan Pantai Batu Rakit di laluan T145 berhampiran Kampung Tanjung yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap Oktober depan, dilaporkan runtuh semula pada malam tadi.

Punca runtuhan dipercayai berlaku akibat hakisan di bahagian bawah benteng jalan sepanjang 100 meter. Kejadian itu berlaku ketika cuaca baik dan tiada hujan dilaporkan.

Sebelum ini, jalan sepanjang 280 meter di kawasan sama runtuh akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL) akhir tahun lalu.

Benteng Penahan Ombak RM4.95 Juta Jalan Pantai Batu Rakit Kembali Runtuh

Kontraktor yang bertanggungjawab telah menyiapkan kerja-kerja termasuk pemasangan dinding penahan, sistem geotekstil, tambakan pasir serta penstabilan struktur tanah. Sehingga Jun lalu, kemajuan fizikal projek mencapai hampir 90 peratus dengan peruntukan RM4.95 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Runtuhan terbaharu menjejaskan akses pengguna jalan raya, dengan benteng sedia ada jelas menunjukkan rekahan dan struktur yang semakin lemah.

Beberapa kawasan hakisan baharu turut muncul di lokasi sama, manakala pasir di benteng masih ditarik arus laut, menunjukkan proses hakisan masih aktif dan berpotensi menyebabkan runtuhan lebih besar jika tidak ditangani segera.

Jalan berkenaan kini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bagi memastikan keselamatan penduduk dan pengguna jalan.

Menurut Mohd Zaki Ali, 57, penduduk tempatan, cadangan mereka supaya benteng ditambak dengan lebih banyak batu sebelum ini seolah-olah tidak diendahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami ada bagi pandangan supaya kontraktor tambak batu di hadapan benteng sebelum ini, tapi tindakan tidak dibuat. Dua hari lepas saya sendiri nampak pasir di bawah benteng perlahan-lahan ditarik ombak, memang dah nampak tanda awal.
“Tengok sekarang, belum sempat musim tengkujuh dah runtuh,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Maimun Johar, 56, berkata kebanyakan keluarga di kawasan itu kini hidup dalam kebimbangan kerana tidak tahu berapa lama rumah berhampiran pantai boleh bertahan.

“Malam-malam kami tidur pun tak lena bila ombak kuat, takut runtuh sekelip mata dan kalau dibiarkan tanpa tindakan segera, Batu Rakit ni boleh hilang sedikit demi sedikit ditelan laut,” ujarnya.

Artikel lain: Kerajaan Peruntuk RM182.5 Juta Tangani Hakisan Pantai Di Terengganu – PETRA

Januari lalu, jalan ini ditutup sepenuhnya selepas laluan sepanjang kira-kira 50 meter dari Batu Rakit menghala ke Mengabang Telipot runtuh dibadai ombak besar setinggi 2.4 meter.

Kerja-kerja pembinaan semula dimulakan pada April termasuk menambah benteng pemecah ombak, namun kejadian terkini menimbulkan persoalan tentang keberkesanan struktur benteng berkenaan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd