Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Mereka Berkawan Ketika Wanita Itu Masih Bergelar Isteri Saya” – Bekas Suami Cikgu Tular

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh lelaki terbabit yang dikenali sebagai Muhammad Azraf di laman TikTok, dia mendakwa mereka sudah bercerai pada Februari lalu.

Dakwa Azraf, bekas isterinya itu mula berkenalan dengan seorang lelaki berstatus suami orang ketika mereka masih berumah tangga.

Bekas Suami Cikgu Tular

Bekas Suami Cikgu Tular

“Saya bekas suami dia. Hari ini (26 Mei) ambil sijil cerai. Sakit memang sakit, malu memang malu tapi hidup kena teruskan.
“Mereka mula berkawan ketika wanita itu masih bergelar isteri saya. Saya lafaz talak di mahkamah 24 Februari, mulanya bersetuju untuk bercerai seksyen 47 tapi semasa bicara saya minta hakim untuk tukar cerai secara nusyuz.
“Hakim minta bincang semula dan hasil perbincangan dia tetap nak diceraikan hari itu juga namun dia gugurkan untuk tuntut nafkah iddah, mutaah dan tertunggak sekiranya ada.
“Balik mahkamah dorang pergi makan kek secret recipe, saya akan ingat sampai bila-bila kejadian itu,” katanya.

Artikel lain: Mesej Tak Senonoh Tersebar, Cikgu ‘Kantoi’ Main Cinta Dengan Suami Orang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bekas Suami Cikgu Tular

Terdahulu, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang juga suami orang.

Difahamkan juga, guru terbabit merayu agar isteri kepada lelaki berkenaan memberikannya peluang untuk memperbaiki diri selain mendakwa mahu menamatkan hubungan mereka.

Sumber: TikTok @frzhkl96

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd