Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bekas PM Thailand Gagal Skim Jual Beli Beras, Bayar Ganti Rugi RM1.3 Bilion

Bekas PM Thailand gagal skim jual beli beras

Bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak 10 bilion baht (RM1.3 bilion) ekoran kegagalan skim jual beri beras semasa era pentadbirannya.

Bekas PM Thailand gagal skim jual beli beras

Bekas PM Thailand gagal skim jual beli beras

Foto: China Daily HK

Sebelum ini, Mahkamah Pentadbiran Tinggi membatalkan keputusan untuk membebaskan Shinawatra daripada liabiliti kewangan.  Mahkamah meminta, Yingluck untuk bertanggungjawab kerana gagal menghentikan penipuan penjualan beras ‘kerajaan-ke-kerajaan’ (G-to-G) semasa pemerintahannya.

Memtik laporan Reuters, keputusan dibuat pada Khamis merupakan rayuan dikemukakan Yingluck terhadap perintah sebelum ini yang memperintahkannya membayar ganti rugi berjumlah 35 bilion baht (RM4.5 bilion) kepada Kementerian Kewangan.

“Tertuduh menjalankan tugas dengan kecuaian teruk hingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian besar,” menurut kenyataan Mahkamah Pentadbiran Agung pada Khamis.

Dalam pada itu, Yingluck menzahirkan rasa kecewa beliau di media sosial dan menjelaskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayarnya begitu tinggi dan tidak masuk akal.

“Walaupun saya membayarnya sepanjang hidup saya, ia juga tidak akan selesai. Saya akan terus berjuang dan menuntut keadilan,” kata Yingluck, baru-baru ini.
Bekas PM Thailand gagal skim jual beli beras

Foto: Bloomberg

Ahli politik itu juga mendakwa bahawa beliau merupakan mangsa keadaan dalam ketidakadilan politik dan terpaksa bertanggungjawab atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnhya.

“Saya harus bertanggungjawab atas hutang yang saya tidak buat. Saya hanya memegang peranan sebagai ketua cabang eksekutif dan terpaksa menanggung liabiliti disebabkan oleh pegawai operasi sedangkan saya sama sekali tidak terlibat langsung.
“Sepanjang 11 tahun berulang kali saya melalui ‘rampasan kuasa’, kes rekaan, aset dirampas dan dipaksa bayar hutang yang tiada kaitan dengan saya.
“Jika Perdana Menteri yang dipilih melalui proses demokrasi tidak dapat keadilan, maka tiada jaminan kesaksamaan kepada rakyat yang memegang kedaulatan,” tambahnya lagi.

Artikel lain: PM Thailand Tiba Di Malaysia Sempena 2 Hari Lawatan Kerja

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Yingluck dipilih sebagai Perdana Menteri pada 2011 setelah memenangi Pilihan Raya Umum dan meletak jawatan, beberapa hari sebelum kerajaan pimpinannya digulingkan kudeta pada 2014.

Sumber: Reuters

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd