Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekalan Ayam, Telur Dijangka Stabil Menjelang Ramadan Bulan Depan – Mat Sabu

Bekalan ayam dan telur di pasaran tempatan dijangka mencukupi dan tidak berdepan sebarang masalah terutama menjelang Ramadan bulan depan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan data kementerian yang menunjukkan status kedua-dua barangan berkenaan ketika ini agak stabil di pasaran.

Bekalan ayam, telur dijangka stabil

“Bagaimanapun, kadangkala ada beberapa faktor seperti penyeludupan yang berisiko menjejaskan bekalan di pasaran, sebab itu kita mahu semua pihak yang terlibat dan kementerian berkaitan untuk mengawal perkara ini (penyeludupan) supaya tidak berlaku.
“Selain itu, dalam soal import bekalan ayam, kementerian juga akan sentiasa memastikannya seimbang dengan pengeluaran tempatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai perancangan untuk memastikan kestabilan bekalan ayam di pasaran selain mengurangkan import ayam sebagai langkah melindungi pendapatan penternak kecil dan sederhana.

Artikel lain: Warga Malaysia Ulang Alik Singapura Lebih 8 Kali Sebulan, Tak Layak Terima STR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Richard Rapu @ Aman Anak Begri (GPS-Betong) mengenai langkah membantu penternak kecil yang berdepan tekanan kos makanan ayam, Mohamad berkata Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Jabatan Pertanian telah membangunkan bahan mentah alternatif.

Beliau berkata ia termasuk penggunaan isi rong sawit, larva Black Soldier Fly dan jagung bijirin tempatan sebagai makanan ternakan.

Mohamad berkata setakat ini, sebanyak 15 syarikat terlibat untuk inisiatif tanaman jagung bijrin tempatan, dengan kerajaan memberikan sokongan awal daripada aspek kewangan dan logistik.

Foto: Nst

Menjawab soalan asal Richard mengenai strategi kementerian untuk membantu penternak kecil beralih ke reban tertutup, Mohamad berkata transformasi berkenaan mengambil kira tahap kesiapsiagaan penternak dalam aspek infrastruktur dan logistik.

“Sehingga Disember 2025, sebanyak 19 pembiayaan bagi subsektor ternakan diluluskan dengan nilai RM62.7 juta, namun tiada subsidi disediakan bagi transformasi kepada reban tertutup,” katanya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd