Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Bas Baru Diselenggara Bulan Lalu, Pemandu Juga Berhemah & Tiada Rekod – Syarikat Bas

Syarikat bas Kenari Utara mendedahkan keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding awal pagi tadi sehingga mengorbakan 15 penumpang dalam keadaan baik.

Menurut laporan Berita Harian, Pegawai Operasinya, Nazri Nawi memberitahu bas tersebut baru sahaja diselenggara pada bulan lalu dan tidak mempunyai sebarang masalah lain.

Tegasnya lagi, pemandu bas yang dipinjam daripada syarikat lain sudah mahir melalui kawasan Gerik dan Jeli dan tidak memiliki rekod lampau.

Bas baru diselenggara

Bas baru diselenggara

“Apa yang berlaku amat menyedihkan, saya tidak sedih bas rosak, sebaliknya paling terkesan apabila penuntut UPSI yang menaiki bas kami meninggal dunia dan cedera dalam kejadian itu.
“Namun, apa yang boleh saya katakan bas kami dalam keadaan baik dan sentiasa membuat penyelenggaraan mengikut waktu ditetapkan. Bas itu dibeli sejak 2013 dan masih mempunyai tempoh lima tahun untuk dijadikan bas persiaran.
“Saya juga dimaklumkan pemandu bas yang dipinjam itu seorang yang berhemah dan tiada rekod. Dia sudah biasa dengan laluan di sana,” katanya.

Artikel lain: Arwah Nurly Shahirah Anak Harapan Keluarga Untuk Jadi Seorang Guru – Abang Mangsa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bas baru diselenggara

Terdahulu, media melaporkan 15 orang dilapor disahkan maut dalam satu kemalangan tragis membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Upsi dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang mendakwa menerima ugutan susulan keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd