Kerajaan akan terus memastikan barangan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan, kekal bebas cukai demi menjamin keterjaminan makanan rakyat.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata semakan semula pelaksanaan Cukai Jualan (CJ) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hanya melibatkan barangan pilihan dan premium, dengan kadar cukai 5 peratus atau 10 peratus.
Dia berkata antara barangan dalam kategori ini, termasuk cendawan truffle, basikal lumba dan ketam raja (king crab).
Barangan asas bebas cukai
“Ini adalah pendekatan berimbang di mana rakyat kebanyakan tidak akan terkesan, manakala golongan berkemampuan menyumbang secara adil kepada pembangunan negara.
“Insya-Allah, Kerajaan Madani akan terus berusaha memastikan dasar yang digubal berpaksikan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Netizen pesan jangan cakap kosong sahaja
Berdasarkan penjelasan Kementerian Kewangan, barangan keperluan asas harian yang dikekalkan dengan kadar CJ sifar termasuk ayam, daging lembu, kambing, ikan, udang, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan tempatan, beras, barli, oat, gandum, tepung, sardin dalam tin, gula dan garam.
Artikel lain: 400,000 Peminjam PTPTN Tidak Pernah Bayar Balik, Nilai Pinjaman Cecah RM5 Bilion
Barangan asas bebas cukai
Turut dikekalkan kadar CJ sifar ialah roti putih, pasta, bihun, mi, mi segera, susu, minyak masak, ubat-ubatan, peranti perubatan, buku, jurnal, surat khabar dan makanan haiwan peliharaan.
CJ 0 peratus juga dikekalkan bagi bahan asas pembinaan seperti simen, batu dan pasir serta input sektor pertanian seperti baja, racun, jentera pertanian dan penternakan.
Menurut kementerian itu, Kerajaan Madani mengambil langkah untuk tidak mengenakan CJ ke atas barangan keperluan asas harian supaya tidak memberi kesan secara langsung terhadap kos sara hidup majoriti rakyat dan kadar inflasi kekal terkawal.
Sumber: Bernama
