Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Menangis Teresak-Esak, Bapa Sujud Syukur 8 Anak Akhirnya Terima Sijil Kelahiran

Bapa Sujud Syukur

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi hari ini.

Lapan beradik berusia antara dua hingga 14 tahun itu memperoleh sijil kelahiran daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah tidak pernah didaftarkan sejak lahir.

Penyerahan sijil itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (Pengurusan), Raja Azlal Raja Azman kepada bapa mereka, Zainal Abidin Miskan, 51, dan isterinya, Jannatul Naimah Rohani, 36.

Bapa Sujud Syukur 8 Anak Akhirnya Terima Sijil Kelahiran

Zainal yang bekerja kampung berkata, dia bersyukur kerana semua anak kini memiliki dokumen pengenalan diri sekali gus membuka peluang untuk mereka bersekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari ini, anak-anak dapat sijil kelahiran, saya bersyukur sangat, hilang satu beban kami. Anak sulung berusia 17 dan 15 tahun sudah pun memiliki sijil kelahiran.
“Terima kasih banyak pihak yang bantu saya sekeluarga termasuk ketua kampung, pelbagai agensi kerajaan dan JPN.
“Kita ini sudahlah susah, biarlah anak-anak pergi sekolah, bantu ubah keluarga dengan ilmu. Sebelum ini tidak dapat mendapat sijil kelahiran kerana pelbagai kekangan termasuk kerap berpindah,” katanya dipetik Harian Metro, hari ini.

Artikel lain: JPN Tampil Beri Penjelasan Dakwaan Warga Pakistan Peroleh Kad Pengenalan

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi Program Mekar Didik yang dilancarkan pada 17 November 2024 hasil kerjasama Kementerian Pendidikan dan JPN bagi membantu pelajar tanpa dokumen seperti sijil kelahiran, kad pengenalan (MyKad) dan sijil kewarganegaraan.

Sementara itu, Raja Azlal berkata, Program Mekar telah dimulakan sejak 2020 ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Kita sedar masih ada rakyat yang belum memiliki dokumen pengenalan diri khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman, orang sakit, orang asli, orang kurang upaya (OKU), jadi JPN turun padang masuk kampung redah hutan belukar untuk pastikan tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan.
“Sekiranya tiada kad pengenalan sukar bagi mereka melakukan urusan harian selain mendapatkan manfaat sebagai warga negara,” ujarnya.

Sumber: FB Harian Metro 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd