Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melaksanakan Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan daripada tiga bangunan berbeza kepada semua perkhidmatan di bawah satu bumbung (all services under one complex) yang berpusatkan di Bangunan Anjung Bestari.
Menteri KPN Datuk Aaron Ago Dagang berkata Bangunan Anjung Bestari Projek Pemusatan Perkhidmatan Perpustakaan merupakan projek yang diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Kesebelas (RP2, RMKe-11) dengan peruntukans sebanyak RM12.8 juta.
Bangunan Anjung Bestari jadi Pusat Perkhidmtan Perpustakaan
“Untuk makluman semua, Bangunan Anjung Bestari sebagai Tapak Warisan Kebangsaan 2007 kategori bangunan dan tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Malam Gemilang Anjung Bestari@PNM di Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada Rabu.
Sementara itu, antara ruang yang ditambah baik di Bangunan Anjung Bestari adalah ruang bacaan individu dan kolaboratif diperbaharui dengan perabot adaptif dan warna yang lebih ceria serta zon siber yang turut dinaik taraf dengan 48 komputer dan akses internet berkelajuan tinggi untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan.
Selain itu, Zon Hipermedia Dewasa juga dikemas kini untuk menyediakan bahan multimedia interaktif dan hiburan termasuk perkhidmatan Video on Demand (VOD).
Perkhidmatan Perpustakaan Nestari ini turut dilengkapi dengan 15 tablet bagi mengakses koleksi buku cerita kanak-kanak dan buku Augmented Reality (AR) terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan 20 tablet pintar disediakan untuk mengakses 895,143 kandungan digital tersedia secara percuma daripada 21 pangkalan data u-Pustaka.
Artikel lain: Kumpul Pemain Industri, PIFF 2025 Buka Ruang Teroka Potensi Francais Kopi Dan Kafe
Terdapat juga lapan tablet pintar disediakan untuk mengakses bahan e-majalah PNM serta enam buah komputer riba dan empat buah komputer meja untuk penggina tersedia di zon kerja.
“Bangunan Anjung Bestari ini adalah simbol kepada konsep Harmoni dalam Kepelbagaian yang menjadi asas kepada Malaysia. Pusat ini juga mampu mnejadi jambatan yang menghubungkan masyarakat melalui empat peranan utama.
“Peranan utama itu adalah ruang pembelajaran yang inklusif, duang dialog, pemeliharaan warisan dan budaya serta platform interaksi.
“Dalam era teknologi dan inovasi ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) mesti memainkan peranan lebih strategik dan bersasar untuk memastikan perkhidmatan kekal relevan dengan keperluan semasa,” ujarnya.
Maklumnya, KPN menerusi Perpustakaan Negara Malaysia juga mengangkat beberapa permohonan kepada Kementerian Ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), antaranya Pembangunan Ruang Pembelajaran Interaktif dan Imersif di Perpustakaan Kanak-Kanak PNM.