Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baju Hujan Jadi Punca Tangan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Rim Motosikal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangannya tersepit pada tayar motosikal dalam satu insiden di Jalan Tok Wan Don, Kampung Permatang Pasir, di sini, pagi tadi.

Foto: Buletin TV3

Menurut laporan Buletin TV3, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membonceng motosikal jenis Yamaha LC 135 bersama seorang lelaki dewasa yang dipercayai sedang menghantarnya ke sekolah. Dalam perjalanan tersebut, pakaian hujan yang dipakai mangsa dikatakan tersangkut pada rim motosikal, menyebabkan tangannya turut tersepit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi hanya enam minit kemudian.

“Pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 terbabit dalam kemalangan jalan raya.
“Tangan kanak-kanak berusia 11 tahun yang membonceng motosikal itu tersepit di tayar kerana pakaian hujannya tersangkut di rim motosikal.
“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya.

Foto: Buletin TV3

Mangsa yang berada dalam keadaan stabil telah dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.58 pagi.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Lokal

Kemalangan tragis meragut nyawa pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas Mimiey D’Jewels di Pekan, Pahang, apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd