Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Nafi Halang Pemimpin Luar Jumpa Tun M – “Pemimpin Mana Nak Jumpa Dia?”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kononnya kerajaan menghalang beberapa pemimpin asing bertemu beliau.

Memetik laporan Sinar Harian, Anwar berkata perkara itu tidak pernah berlaku dan dakwaan sedemikian tidak sepatutnya dipertimbangkan atau dilayan.

Anwar nafi halang pemimpin luar bertemu Tun M

Anwar Nafi Halang Pemimpin Luar

Foto: Sinar Harian

“Jangan dilayan sangat sebab pertamanya, pemimpin luar mana nak jumpa dia? Kalau nak jumpa pun apa masalahnya? Kalau kawan dia dulu nak kenal atau nak jumpa tak ada (masalah).
“Baru-baru ini pemimpin Thailand, Jepun, Indonesia dan Turkiye tak ada yang minta nak jumpa. Kalau minta, takkan saya nak kata jangan. Jumpalah, apa salahnya?
“Hari-hari buat dakwaan, ‘saya (Dr Mahathir) mana ada duit’, (tapi) anak dia RM1 bilion lebih. Itu bukan pertuduhan, itu pengakuan,” katanya pada Khamis.

Artikel lain: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Stesen TV Langgar Garis Panduan – Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengakhiri lawatan rasminya ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa sebelum berangkat pulang ke tanah air.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa Anwar menghalang beberapa pemimpin negara asing yang merupakan rakan beliau sendiri daripada bertemu dengan dirinya.

Anwar nafi halang pemimpin luar jumpa Tun M

Foto: Sinar Harian

“Ada pemimpin negara asing dari dua tiga buah negara minta nak jumpa saya, oh (Anwar kata) tak boleh jumpa.
“Pemimpin itu kawan saya, kenal dengan saya. Mereka datang ke Malaysia nak jumpalah dengan saya, (namun Anwar cakap) oh tak boleh. Jadi beliau yang potong semua hubungan,” dakwanya.

Beliau mengeluarkan dakwaan itu ketika ditemu bual dalam podcast Apa Cerita? bertajuk Menyelusuri memori Dr Mahathir dan persahabatan beliau bersama Tun Daim Zainuddin yang dimuat naik di YouTube pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, Mahathir yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Langkawi mendakwa penyokong Anwar turut dilarang bertemu dengannya dan dikenakan tindakan sekiranya berbuat demikian.

Sumber: Sinar Harian (Aisyah Basaruddin)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd