Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

12 Anggota Polis Termasuk Pegawai JSJK Dicekup! Disyaki Terbabit Rompakan Kripto

Seramai 12 anggota polis termasuk empat pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditahan kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China.

Anggota polis termasuk pegawai JSJK ditahan

Memetik laporan daripada New Straits Times, mereka yang ditahan masing-masing seorang berpangkat asisten superintendan, inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.

Kesemua mereka diberkas dalam beberapa tangkapan bersepadu oleh pasukan khas dari ibu pejabat polis daerah dalam tempoh dua hari.

Penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun yang mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto bagi mendapatkan pembebasan selepas banglo yang disewa mereka di kawasan berpagar di Country Heights, Kajang diserbu polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

anggota polis

Anggota polis dipercayai terlibat rompakan

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, sepasukan pegawai daripada unit jenayah komersial daerah menyerbu banglo dua tingkat itu pada jam 11.10 malam, 5 Februari lalu kerana mengesyaki penghuninya menjalankan operasi penipuan.

Katanya, pegawai terbabit memaklumkan, mereka menjalankan operasi anti-penipuan dikenali sebagai ‘Op Taring’ dan mengesyaki penghuni rumah itu terbabit kegiatan penipuan secara dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.

“Selepas memeriksa peranti elektronik dan pasport mereka, tiada bukti kegiatan jenayah ditemui.
“Tiada rekod juga menunjukkan pengadu dan rakannya pernah ke Kemboja,” kata sumber itu.

Sumber juga menambah bahawa kumpulan terbabit memaklumkan kepada polis mereka adalah juru ukur pasaran yang bekerja dengan sebuah syarikat berpangkalan di China, namun mangsa didakwa diugut akan ditahan dan dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000 kepada polis terbabit.

Katanya, bimbang keselamatan diri terutama kerana terdapat tiga wanita dalam kumpulan itu, seorang daripada mangsa menghubungi majikannya di China.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas rundingan, suspek didakwa bersetuju menerima bayaran 50,000 USDT (mata wang kripto tether), yang dipindahkan ke alamat dompet kripto diberikan suspek.
“Bayaran dibuat pada awal pagi dan hanya selepas transaksi disahkan, barulah pegawai polis itu meninggalkan premis,” dakwa sumber.

Sebelum beredar, suspek turut didakwa mengarahkan kumpulan itu mengosongkan rumah dalam tempoh dua hari atau berdepan tindakan lanjut. Katanya, siasatan awal kes itu membawa kepada penahanan tujuh anggota polis dari unit JSJK dan pencegahan jenayah daerah.

“Mereka termasuk pegawai dan anggota dengan tempoh perkhidmatan antara dua hingga 27 tahun, memegang jawatan seperti inspektor, sarjan dan koperal yang bertugas menjalankan risikan dan operasi.
“Siasatan lanjut dan risikan mendedahkan pembabitan lima lagi anggota polis termasuk empat yang bertugas di unit siber dan forensik digital di JSJK Bukit Aman,” katanya.

Jelas sumber lagi, keempat-empat mereka berusia antara 35 hingga 44 tahun yang berkhidmat antara enam hingga 22 tahun dan memegang jawatan dalam unit taktikal siber serta siasatan forensik digital ditahan dalam operasi susulan pada 8 Februari lalu. Katanya, semua 12 suspek dipercayai berada di lokasi ketika operasi di rumah itu dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan.

“Polis turut merampas beberapa telefon bimbit pelbagai jenama, kad SIM dan dokumen yang dipercayai berkaitan operasi berkenaan.
“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kajang dan Bandar Baru Bangi bagi membantu siasatan, termasuk menjejak transaksi mata wang kripto berkenaan.
“Tempoh reman kedua-dua kumpulan suspek dilaporkan dilanjutkan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan,” katanya.

Artikel lain: Tujuh Suspek Rompakan Kedai Emas Di Thailand Disyaki Lolos Ke Malaysia

Siasatan masih diteruskan dan polis memandang serius dakwaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: New Strait Times ( Kalbana Perimbanayagam)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Sosial

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, berkongsi perasaan rendah diri dan kesukaran menepati harapan masyarakat terhadap lelaki menerusi hantaran di platform Threads. Ojen...

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Lokal

Aktivis Tamim Dahri dilaporkan berada dalam keadaan sihat dan tenang walaupun kini direman selama dua hari, malah tetap menunjukkan semangat tinggi untuk meneruskan perjuangannya....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd