Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Polis Dituduh ‘Tamatkan Nyawa’ Isteri Pada 2023 Meninggal Dunia Dalam Tahanan

Anggota Polis Dituduh

Seorang anggota polis yang sedang ditahan berhubung kes pembunuhan isterinya pada Mac 2023 disahkan meninggal dunia ketika berada di Pusat Koreksional Perlis, Guar Nangka petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam sel tahanan sekitar 4.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan disahkan telah meninggal dunia ketika tiba (Brought In Dead) pada jam 5.10 petang.

“Warden bertugas yang meronda sel tahanan di pusat koreksional itu menyedari lelaki itu tidak sedarkan diri selepas mendapati dia tidak bergerak ketika warden itu cuba menggerakkannya yang disangka sedang tidur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gambar Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi

Anggota Polis Dituduh ‘Tamatkan Nyawa’ Isteri Meninggal Dunia

Menurut beliau, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah yang menjurus kepada punca kematian dan telah dibawah ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat hari ini.

“Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), sehingga keputusan penuh hasil bedah siasat diperoleh,” katanya lagi.

Artikel lain: “Bang, Sebut Allah… Bangun Bang!” – Jeritan Orang Awam Bikin Pilu Di Lokasi Kemalangan Maut

Difahamkan, lelaki terbabit mempunyai sejarah rawatan psikiatri sejak 2017 dan ditahan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sejak 17 Mac 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pada 5 Mac tahun lalu, media melaporkan seorang lans koperal didakwa menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar. Mahkamah Majistret Kangar kemudiannya memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Sumber: Malaysia Gazette

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd