Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

AmanahRaya Kukuh Komitmen Terhadap Alam Dan Komuniti Melalui Program CSR Redang 2.0: Love & Care

Pulau Redang sekali lagi dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan anak syarikatnya, AmanahRaya Trustees Berhad.

Menerusi Yayasan AmanahRaya, program bertemakan Redang 2.0: Love & Care berjaya dilaksanakan dengan menampilkan pelbagai inisiatif menyentuh aspek kelestarian alam dan kebajikan masyarakat setempat di Pantai Teluk Dalam.

Antara aktiviti utama yang menarik perhatian ialah pemasangan papan tanda berkaitan kepentingan memelihara kebersihan pantai dan alam sekitar, pengagihan tong sampah kepada peniaga-peniaga sekitar Pantai Teluk Dalam serta aktiviti gotong-royong yang melibatkan penyertaan ramai dalam membersihkan kawasan persekitaran.

Program ini turut disertakan dengan penyampaian sumbangan zakat kepada lebih 100 individu yang memerlukan bantuan di sekitar Pulau Redang sebagai usaha menyantuni komuniti dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Perniagaan dan Operasi Kumpulan AmanahRaya, Jack Yap Ngee Heong menyatakan penghargaan yang tinggi kepada Jabatan Perikanan Laut Malaysia, Malaysian Tidal Garden Association, serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pulau Redang atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini yang sejajar dengan prinsip ESG (Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus) dipegang oleh Kumpulan AmanahRaya.

“Pulau Redang sekali lagi dipilih sebagai lokasi program berikutan keperluan yang signifikan dalam memperkasakan kesedaran pengunjung mengenai kepentingan menjaga kebersihan pantai dan alam sekitar, khususnya di kawasan tumpuan pelancong seperti Pantai Teluk Dalam.
“Adalah diharapkan agar usaha murni ini dapat memberi implikasi positif seperti yang kita semua harapkan,” katanya.

Menambah warna pada program ini, sempena Bulan Penyu Negeri Terengganu, lebih 80 sukarelawan daripada Kumpulan AmanahRaya telah menyertai aktiviti pelepasan lebih 200 ekor anak penyu ke laut sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif pemuliharaan biodiversiti marin yang semakin diberi perhatian.

Dalam masa yang sama, AmanahRaya turut memperkukuh komitmen terhadap kelestarian laut dengan menaja dua buah meja pembenihan terumbu karang pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan mereka sebanyak empat buah meja sejak inisiatif ini dimulakan tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd