Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Alza Dilanggar Bas Pelajar UPSI: Keluarga Ustaz Lutfi Cedera, Anak Lelaki Tercampak Keluar

Kemalangan tragis awal pagi Isnin yang membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sahaja meragut 15 nyawa pelajar, malah turut mengakibatkan kecederaan parah kepada ahli keluarga pemandu Perodua Alza yang terlibat dalam insiden tersebut.

Menerusi satu hantaran Facebook oleh Mohd Zaidi Bin Desa, keluarga mangsa yang menaiki Perodua Alza terdiri daripada Ustaz Mohd Lutfi Radzi, 37, guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Malau, Kedah, isterinya Nurul Ain Zakaria, 35, serta dua orang anak mereka.

Foto: Sinar Harian

Dalam hantaran itu, Mohd Zaidi memaklumkan bahawa anak lelaki Ustaz Lutfi iaitu Muhammad Ahsan Nafis, 2, tercampak keluar dari kenderaan akibat impak kuat pelanggaran, manakala anak perempuan Nur Aisyah Nafishah, 6, patah tulang lutut.

“Mohon doakan Ustaz Lutfi dan keluarga yang terlibat kemalangan dengan bas bawa pelajar UPSI awal pagi tadi. Anak lelaki tercampak keluar, anak perempuan patah tulang kat lutut dan isteri patah 5 tulang rusuk,” tulisnya pada Isnin.

Foto: FB Mohd Zaidi bin Desa

Isteri kepada Ustaz Lutfi pula mengalami kecederaan pada tulang rusuk kiri dan mereka sekeluarga sedang menerima rawatan di Hospital Baling.

Foto: Kosmo!

Menurut laporan, kejadian berlaku apabila bas yang membawa pelajar UPSI dari Terengganu ke Tanjung Malim dipercayai dipandu laju sebelum melanggar bahagian belakang Perodua Alza, lalu hilang kawalan dan terbalik selepas merempuh pembahagi jalan.

Selain 15 pelajar yang terkorban, seramai 27 lagi dilaporkan cedera.

Pemandu bas yang berusia 40 tahun dan kelindannya, 54, turut mengalami kecederaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Mohd Zaidi Bin Desa

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sekali lagi mengiktiraf kecekapan dan disiplin jemaah Malaysia apabila memuji tahap kebersihan dan pengurusan di kawasan Masyair tahun...

Lokal

Seorang anggota tentera menerima padah apabila gambarnya bersama pasangan yang lengkap berpakaian seragam terpapar di sebuah kelab malam setelah foto tersebut tular di media...

Sosial

Tular satu rakaman memaparkan situasi tegang melibatkan sepasang suami isteri bertikam lidah di sebuah pasar raya yang didakwa berpunca akibat berlakunya ketidaksefahaman. Suami gaduh...

Lokal

Sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan perayaan yang paling ditunggu-tunggu terutamanya di negeri sebelah Pantai Timur. Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan Oleh itu, dijangkakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd