Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

“Aku Umur 18 Korbankan Nyawa Atas Gelanggang Demi Angkat Nama Negara” – Johan Ghazali

Atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang didakwa lebih gemar mengecam daripada menyokong, susulan kekalahannya kepada petarung Colombia-Amerika Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok pada Sabtu lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo menulis berkongsi perasaan mengenai pengalaman getir yang dilaluinya sebagai atlet muda negara, termasuk pengorbanan peribadi serta bebanan mental yang dihadapi selepas menerima kecaman.

“Kepada pembenci aku yang dari Malaysia… sebab korang lah negara kita tak boleh sampai ke tahap seterusnya. Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentality sampah orang aku sendiri.
“Aku umur 18, mengorbankan nyawa aku atas gelanggang demi mengangkat nama negara. Pagi tadi aku bangun, kaki sakit, tak boleh jalan, kepala sakit. Modal aku sendiri pun keluar nak pastikan preparation aku tip-top, tapi untuk apa?” katanya pada Ahad.

‘Saya berlawan tapi bila jatuh, rakyat sendiri yang hentam’

JoJo turut meluahkan tentang pengorbanan ahli keluarganya dalam berkhidmat untuk negara, termasuk datuknya Tan Sri Ghazali Che Mat dan bapanya yang berkhidmat dalam pasukan polis selama 25 tahun.

“Datuk aku, Tan Sri Ghazali Che Mat, mempertaruhkan nyawa demi negara ni. Bapak aku berkhidmat sebagai polis selama 25 tahun. Adik-beradik aku semua wakil Malaysia di peringkat tertinggi. Tapi untuk apa?
“Masa aku dekat atas bukan main puji, masa aku jatuh… keluar perangai sebenar rakyat kita.” ujarnya.

Jojo juga menegaskan bahawa dia tidak akan tunduk dengan kecaman yang diterima, sebaliknya memilih untuk lebih fokus kepada dirinya dan mereka yang benar-benar menyokong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Korang cakap lah apa korang nak cakap. Aku berlagak la, aku kejar glamour la. Tapi korang jangan lupa, disebabkan aku yang usaha kejar glamour, yang tak glamour pun boleh jadi glamour.
“Bermula sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul support aku. Ubah lah mentality bangang ni. Malaysia boleh, tapi rakyat dengki,” luahnya lagi.

Reaksi warganet berbelah bahagi

Hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi netizen dimana ramai meluahkan sokongan dan meminta Jojo kekal kuat menghadapi tekanan. Bagaimanapun, tidak kurang juga yang menganggap kenyataan itu terlalu emosi dan menyarankan dia lebih terbuka terhadap kritikan.

Sebelum ini, atlet berusia 18 tahun itu menjadi tumpuan sebagai antara atlet termuda dan paling berbakat dalam arena Muay Thai Asia serta ikon baharu dalam ONE Championship.

Sumber: Instagram Johan Ghazali

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd