Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial.
Menerusi satu perkongsian yang tular, ketiga-tiga individu berkenaan dilihat membawa seorang pengawal keselamatan yang bekerja di sebuah pusat jualan Perodua untuk menikmati hidangan di Restoran Rembayung.
Ajak pengawal keselamatan makan bersama
Artikel lain: Remaja Dihalau Bapa Kandung, Ibu Tiri? Hanya Ada Sehelai Sepinggang.. Mujur Abang Polis Dengar Luahan!
Netizen puji tindakan tiga lelaki terbabit
Rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai satu perbuatan mulia dan penuh nilai kemanusiaan, selain menunjukkan keprihatinan terhadap golongan pekerja yang sering terpinggir daripada perhatian umum.
Buat baik pada semua orang
Ada juga netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai contoh teladan yang wajar dicontohi masyarakat dengan berbuat baik kepada orang sekeliling tanpa mengira latar belakang.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi positif, dengan ramai beranggapan bahawa kebaikan kecil seperti itu mampu memberi kesan besar dan mencetuskan inspirasi kepada orang lain.
Sumber: Threads @ultramett







































