Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Adam Adli Nasihat Pemimpin Muda Jangan Terlalu Hanyut Dengan Kuasa

Adam Adli nasihat pemimpin muda

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd Halim menasihati pemimpin muda agar tidak hanyut dengan pengaruh kuasa sehingga membawa kepada pengkhianatan terhadap amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Adam Adli nasihat pemimpin muda

Adam Adli nasihat pemimpin muda

Foto: Free Malaysia Today

Memetik laporan MalaysiaGazette, Adam menyeru agar pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lupa diri ketika berada di tampuk pimpinan bagi mengelakkan kesilapan lampau yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Beliau turut menegaskan bahawa sejarah perjuangan PKR bukanlah bersandarkan kebencian terhadap individu tetapi terhadap penyelewengan dan kebobrokan dalam pentadbiran yang mengetepikan rakyat.

“Kuasa bukan alat untuk bermewah-mewah atau mengumpul kekayaan. Ini amalan dan praktik lampau yang keji dan tidak boleh kita ulangi.
“Biar kita sentiasa diingatkan, saatnya jika kita membelakangi rakyat, rakyat akan membelakangi kita semula. Andai itu berlaku terhadap kita, sia-sialah setiap apa yang selama ini diperjuang, dilaung, dan dicita-citakan,” kata Adam  di Kongres Nasional AMK, hari ini.
Adam Adli nasihat pemimpin muda

Foto: NST

Ucapan itu dibuat sekali gus merupakan mandat terakhir beliau sebagai Ketua AMK, dan berharap nasihatnya itu diambil iktibar sebagai garis panduan kepada kepimpinan akan datang.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut menekankan kepimpinan organisasi sebagai asas penting parti dan juga kerajaan.

Sementara itu, Adam juga mengambil maklum berkenaan keperluan dan keresahan anak muda yang dilihat begitu penting dalam meneruskan perjuangan AMK supaya tidak dilihat ketinggalan dari realiti semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Biar kita faham dengan baik intipati kepada pembinaan sebuah peradaban dan ketamadunan, yang disulam semangat Islah atau Reformasi yang diperjuangkan kita semua,” ujar beliau.

Artikel lain: Nurul Izzah Adalah Masa Depan Untuk PKR – Adam Adli

Difahamkan, Adam menyeru agar AMK bersiap siaga sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memperkukuhkan konteks geopolitik dan mengambil peluang ini untuk menjadi kuasa besar global yang suaranya akan sentiasa didengari oleh dunia.

Sumber: MalaysiaGazette (Muhammad Azizul Osman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd