Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bakal Diseret Lagi Ke Mahkamah, Abu Sahid Dan Yap Hadapi 25 Tuduhan

Belum reda dengan lebih 15 pertuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berjumlah ratusan juta ringgit, Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Abu Sahid Mohamed, bersama bekas pengarah MEX II Sdn Bhd, Yap Wee Leong dijangka sekali lagi diseret ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tambahan dalam masa terdekat.

Abu Sahid berdepan tujuh pertuduhan

Menurut laporan Malaysiakini, ketua pendakwaan Ahmad Akram Gharib berkata, Abu Sahid akan berdepan tujuh lagi pertuduhan baharu di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan melibatkan dana RM145 juta.

abu sahid

Foto: Kosmo

“Yap pula bakal berdepan 18 pertuduhan tambahan. Sembilan daripadanya di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan jumlah RM209 juta, manakala sembilan lagi di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) berjumlah RM387 juta,” katanya.

Artikel lain: Pegawai Atasan Aman Palestin Mengaku Tidak Bersalah Atas 52 Pertuduhan Pecah Amanah

Pada Isnin, Abu Sahid bersama isterinya, Noor Azrina Azmi serta Yap mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lebih 15 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan dana melebihi RM450 juta.

Abu Sahid didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM313,124,617.02 di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan selain 13 pertuduhan lain melibatkan RM139,252,148.98 di bawah AMLATFPUAA 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

abu sahid

Noor Azrina pula berdepan pertuduhan di bawah akta sama kerana didakwa menerima hasil haram berjumlah RM67, 136, 588.43 daripada suaminya.

Sementara itu, Yap didakwa menggunakan dokumen palsu dalam pemfailan tuntutan projek Lebuhraya MEX II bernilai RM314,486,100, dengan 17 pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

abu sahid

Foto: The Straits Time

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuuhan berkenaan.

Prosiding melibatkan Abu Sahid dijalankan di hadapan Hakim Suzana Hussin, manakala Noor Azrina dan Yap berdepan pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Peguam mereka, Hisyam Teh Pok Teik, memaklumkan bahawa kesemua tertuduh dibebaskan selepas membayar jumlah ikat jamin yang ditetapkan mahkamah. Abu Sahid membayar RM1.5 juta, Noor Azrina RM500,000 dan Yap RM1 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini 

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd