Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mahu menjual jet peribadinya yang dibeli sekitar setahun lalu telah berjaya menarik perhatian ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktor yang berusia 36 tahun itu di laman Instagramnya, dia telah membuka bidaan pesawat tersebut bernilai AS$2.65 juta atau kira-kira RM12 juta kepada orang ramai yang berminat.
Dalam perkongsian tersebut, difahamkan jet peribadi jenis Hawker 400 itu berada dalam keadaan baik malah, boleh memuatkan sehingga tujuh orang penumpang.
“Jet peribadi untuk dijual, Hawker 400. Keadaan baik dan boleh terus diterbangkan. Semua dalam keadaan baik. Kalau berminat boleh hubungi saya,” katanya.
Terdahulu, Raffi dan isterinya iaitu Nagita Salvina dikatakan telah membeli jet peribadi tersebut secara rahsia tanpa pengetahuan ramai namun, telah dibongkarkan oleh aktor itu sendiri ketika berbual dengan Ruben Onsu.
Bukan itu sahaja, dia pernah menghadiri majlis perkahwinan anak Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada hujung tahun lalu dengan menaiki jet peribadi tersebut.
Sumber: Instagram @Raffi Ahmad