Nampaknya, kisah percintaan pelakon Korea Selatan terkenal, Song Joong-ki tidak diterima baik oleh para peminatnya di seluruh dunia.
Mana tidaknya, ramai yang masih terkejut dengan berita tersebut malah tidak boleh ‘move on’ dengan hubungan pelakon itu bersama bekas isterinya iaitu Song Hye Kyo.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, individu tersebut meluahkan rasa sebak selepas mengetahui pelakon yang berusia 37 tahun itu sedang menjalinkan hubungan bersama seorang wanita British.
@user72648251720 knowing that he already has a gf breaks my songsong’s heart. this is so sad but im happy for u 😇 everyone deserve a happy life. #songsongcouple #songsongcoupleforever #songjoongki #songhyekyo #sad #happy
Namun begitu, individu terbabit terpaksa merelakan Joong-ki memilih jalan kebahagiaannya tersendiri walaupun hatinya terluka menerima keputusan pelakon itu dalam kehidupannya.
Tunggu Song Hye Kyo pula bahagia
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan simpati terhadap Song Hye Kyo yang perlu mencari kebahagiaannya selepas bekas suaminya itu sudah menemui pengganti baharu.
Berharap Joong-ki dan Hye Kyo bersatu balik
Bukan itu sahaja, ada netizen yang mengakui mereka menangis apabila mendapat tahu Joong-ki sudah mula melupakan Song Hye Kyo malah ada dalam kalangan mereka yang masih mengharapkan Joong-ki dan Hye Kyo kembali bersatu.
Sekadar info, Joong-ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular, Song Hye-kyo pada 2017 selepas sama-sama membintangi drama fenomena, Descendants of The Sun (2016).
Sumber: TikTok @user72648251720