Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tukang Sapu Sebar, Jual Video Kegiatan ‘Swinger’ Didenda

Seorang tukang sapu sebar serta jual kandungan video papar kegiatan ‘swinger’ telah didenda RM80,000 atas empat pertuduhan terlibat kegiatan seks secara berkumpulan dan bertukar-tukar pasangan, dari bulan Januari hingga Februari lepas di Mahkamah Sesyen, Alor Setar.

Memetik laporan Bernama, Hakim Mazdi Abdul Hamid menjatuhi hukuman itu selepas Kamarulnazri Desa @ Yahaya, 45, mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan tersebut.

Tukang Sapu Sebar

Foto: Berita Harian

Difahamkan, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi X menggunakan nama akaun “@Ayie_Noryn2016” untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi, iaitu video yang bersifat sumbang dengan niat menyakitkan hati orang lain pada 26 Januari dan 4 Februari lepas, mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tukang Sapu Sebar Serta Jual

Kamarulnazri juga didakwa menggunakan akaun sama untuk memberikan komunikasi lucah, iaitu video melalui pautan aplikasi Telegram bagi maksud komersial kepada orang lain pada 8 dan 17 Februari lepas mengikut Seksyen 233(2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesemua kandungan telah dilihat di lbu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Jitra pada 20 Februari lepas pada 11.10 hingga 11.30 pagi.

Artikel lain: Lelaki Cuba Rakam Bawah Kain Wanita Diburu Polis

Susulan daripada itu, tertuduh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Pendakwaan tersebut telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Faten Hadni Khairuddin manakala Kamarulnazri tidak diwakili peguam.

Walau bagaimanapun, tertuduh tidak dapat membayar denda dan akan menjalani hukuman penjara berjumlah dua tahun (enam bulan bagi setiap pertuduhan).

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA), bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta...

Lokal

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan syarikat aksesori teknologi pelindung Galado bekerjasama melancarkan koleksi edisi terhad buat kali...

Spotlight

Usai tularnya sebuah berita mengenai figura seorang pempengaruh Indonesia, Isa Zega yang mengerjakan ibadah umrah dengan memakai pakaian wanita, Lucinta Luna tampil memberikan satu...

Nasional

Hasil daripada pemeteraian Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sembcorp Power Pte Lte (Sembcorp Power) pada 9 Disember...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd