Mengejutkan peminat sukan badminton, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak sebanyak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia selepas Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, China, semalam.
Foto: X @ladydyla__
Memetik laporan Sinar Harian, Sze Fei-Izzuddin menamatkan musim 2024 dengan membuktikan diri mereka muncul sebagai naib juara, tewas kepada Kim Astrup-Anders Rasmussen yang kini bergelar beregu nombor satu dunia.
Duo beregu itu telah membawa pulang AS$100,000 (RM445,000), pasangan dikenali sebagai FeiDin itu turut memperoleh 12,000 mata, sekali gus membantu beregu ketujuh dunia itu melonjak sebanyak empat anak tangga untuk bergelar beregu nombor tiga dunia.
Foto: Instagram @weishengkui
Sementara itu, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula, jatuh satu anak tangga dan kini berada di tangga keenam dunia.
Sumber: Sinar Harian