Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tidak Benar, KDN Nafi Dakwaan 17 Juta Data MyKad Bocor

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan tegas menafikan dakwaan kebocoran data MyKad sebanyak 17 juta yang tersebar di media sosial.

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semakan mendalam yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian keselamatan teknologi maklumat mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Dakwaan itu bermula apabila seorang pengguna laman X yang dikenali sebagai Fusion Intelligence Center @StealthMole mendakwa sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengguna media sosial itu hanya memaparkan beberapa keping MyKad dan mendakwa ia melibatkan 17 juta rekod.

“Saya segera semak, pertama dengan JPN bahagian berkenaan yang kedua, dengan bahagian keselamatan teknologi maklumat, kedua-duanya mengesahkan tiada insiden itu,” katanya ketika sidang akhbar di Jitra, pada Rabu.

Foto: X Fusion Intelligence Center @ StealthMole

Beliau mengulas laporan dakwaan data kad pengenalan 17 juta rakyat Malaysia yang didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Kementerian meminta rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita minta rakyat agar berhati-hati apabila menerima maklumat seperti ini.
“Mudah sekali sebar apabila tunjuk beberapa keping MyKad lepas tu kata 17 juta, lebih baik tidak disebarkan berita ini,” ujarnya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Saifuddin berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi untuk meninjau keadaan mangsa banjir.

Saifuddin menjelaskan, kerajaan memberikan jaminan penuh terhadap integriti data penduduk Malaysia.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Spotlight

Penyanyi IU mengambil tindakan undang-undang terhadap lebih 180 individu tidak mengira usia yang terlibat dalam buli siber. Menerusi sebuah kenyataan yang dibuat oleh agensinya,...

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Nasional

Tiga inisiatif baharu melalui kerjasama antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi manfaat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd