Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Agong Titah Henti Budaya Dera Di UPNM, Kembalikan Semula Nama Baik Universiti

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar titah agar budaya dera di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu di henti serta-merta.

Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM meminta semua pihak untuk berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu sekaligus mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan.

Agong titah henti budaya dera di UPNM

Dalam pada itu, Baginda juga menzahirkan rasa dukacita dengan penderaan yang telah menyebabkan kecederaan dan kematian dalam kalangan pelajar di universiti berkenaan.

“Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras. Tetapi ini tidaklah sampai mendera sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.
“Saya percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera,” titah Sultan Ibrahim.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Pemasyuhran Seri Paduka Baginda sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14 pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Titah baginda lagi, lebih mendukacitakan apabila kejadian penderaan itu terus berlaku, seakan-akan tiada usaha yang serius diambil mana-mana pihak walaupun kejadian sebelumnya telah dibawa ke mahkamah.

“Falsafah utama UPNM ialah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan. Disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini.
“Jika ia terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah,” titah baginda.

Agong Titah Henti Budaya Dera Di UPNM

Foto: Astro Awani

Sebelum ini, negara digemparkan dengan satu lagi kes penderaan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap pelajar yang lain berlaku universiti tersebut.

Susulan itu, UPNM telah menerima banyak kecaman daripada orang ramai susulan kegagalan menjaga kebajikan para pelajarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Kolumnis

Kita mesti sentiasa berpesan bahawa integriti bukanlah sekadar nilai tambahan. Sebaliknya tiang seri yang menentukan kestabilan dan kelangsungan sesebuah negara. Apa jua bentuk korupsi,...

Lokal

Suruhanjaya Tenaga (ST) berjaya lupuskan sejumlah 4,386 barangan rampasan bernilai lebih RM250,000 bagi kes-kes di Semenanjung Malaysia di sebuah pusat pembuangan dan pelupusan logam...

Lokal

Polis sahkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 13 November lalu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd