Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Pelatih PALAPES UiTM Meninggal Dunia Kerana Strok Haba

Polis sahkan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UiTM, Muhammad Amir Rusyaidi Muhammad Zaidi yang meninggal dunia ketika menjalani latihan pada 13 November lalu berpunca dari strok haba dengan kegagalan pelbagai organ.

diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menerusi satu kenyataan di Facebook rasmiPolis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pelatih PALAPES UiTM kerana meninggal strok haba

Foto: The Sun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Punca kematian adalah disebabkan ‘heat stroke with multiorgan failure’. Siasatan diklasifikasikan sebagau mati mengejut (SDR),” katanya.

Tambahbya, hasil siasatan, pihak polis mendapati mangsa telah menyertai PALAPES di UiTM Shah Alam sejak penghujung Oktober tahun ini dan sedang menjalani ujian kecergasan sebelum latihan asas PALAPES pada tahun 2025.

“Pada gari kejadian, mangsa telah didenda melakukan tekan tubi oleh jurulatih kerana ketinggalan dalam sesi larian. Mangsa dilihat melompat-lompat sebelum terjatuh rebah,” jelasnya.

Susulan itu, arwah Muhammad Amir Rusyaidi dikejarkan ke Hospital Shah Alam dan semasa mendapatkan rawatan awal, mangsa dalam keadaan separa sedar disamping mempunyai suhu badan yang tinggi.

“Rawatan awal telah diberikan dalam usaha untuk hidrasi namun mangsa tidak memberikan tindak balas positif.
“Mangsa telah mengalami kekejangan dan rawatan susulan telah diberikan sebelum dia dimasukkan ke daalam unit rawatan rapi hospital. Tiada terkesan sebarang kecederaan luaran pada badan mangsa,” katanya.

Jelas beliau, sehingga kini polis telah mengambil keterangan sembilan saksi termasuk bapa pelatih terbabti yang telah membuat laporan polis pada 15 November.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Asisten Superintenden Mohd Khairi Kamaruddin di talian 012-2666025,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial bapa kepada mangsa yang mendakwa Muhammad Amir Rusyaidi telah didera oleh jurulatihnya sehingga menyebabkan kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut bapa kepada mangsa, anaknya telah mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dadanya serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatihnya.

Tidak cukup dengan itu, bapa mangsa turut mendakwa anaknya dibiarkan dalam keadaan pengsan di bawha terik matahari selama 30 minit sebelum rakan mangsa datang memberi bantuan.

Pelatih PALAPES UiTM Meninggal Strok Haba

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki berhubung kematian anaknya yang dikaitkan dengan kejadian buli semasa menjalani sesi latihan seliaan jurulatih tentera di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, UiTM telah melaksanakan penelitian semula dan memperkukuh prosedur berkaitan latihan dan mekanisme pemantauan berhubung aktiviti kokurikulum badan beruniform di universiti itu.

Sumber: Facebook Polis Selangor

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Sosial

Netizen Malaysia dan Indonesia ‘berganding bahu’ apabila kedua-dua negara itu bersama-sama kecam rekaan poster yang dihasilkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menerusi beberapa hantaran...

Bisnes

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan...

Dunia

Seorang pempengaruh media sosial transgender Indonesia, Isa Zega didakwa melakukan penghinaan terhadap agama Islam apabila memakai telekung untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd