Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PETRA Lawat Stesen Pengecasan EV Gentari Di Senawang & Tapak RTB Alor Gajah

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah melawat stesen Pengecasan EV Gentari di Senawang bersama menterinya iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Difahamkan, lawatan ke stesen berkenaan bersempena dengan Program PETRA Skuad Zon Selatan Ke Negeri Melaka bagi menyerahkan 5 projek pasang siap buat negara terbabit.

Flag-off Program Skuad PETRA (Selatan) di Menara PETRA oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadhillah bin Haji Yusof

Lawatan ke Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) Gentari di Hentian Sebelah Senawang

Sebelum melanjutkan perjalanan ke Melaka, stesen pengecasan Kenderaan Elektrik yang terletak di Hentian Sebelah Senawang Arah Selatan, Negeri Sembilan menjadi lokasi pertama dilawati Fadillah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Stesen pengecas yang dibangunkan Gentari di Lebuhraya PLUS ini adalah gandingan Kerjasama PLUS, Gentari adan EVC .

“Ia merupakan langkah strategik dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh dipercayai, selain menyokong usaha pelaksanaan pelan induk negara untuk beralih menjadi negara neutral karbon menjelang 2050 selepas mereka memperkenalkan stesen pengecas EV pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi dengan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS),” katanya.

Setakat ini, terdapat beberapa lokasi Stesen Pengecasan EV Gentari iaitu dua di Lebuhraya PLUS iaitu di Hentian Sebelah Behrang, Perak (Utara dan Selatan) Hentian Sebelah Senawang, Negeri Sembilan (Utara dan Selatan).

Dua lagi Stesen Pengecasan EV akan dibangunkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 iaitu di Hentian Sebelah Ajil, Terengganu dan RnR Perasing, Terengganu.

Malaysia sememangnya sedang menyasarkan pembangunan 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 dimana sebanyak 3,171 stesen pengecas EV telah dibangunkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

TPM tinjau lokasi Rancangan Tebatan Banjir Alor Gajah

Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan waktu meninjau lokasi Rancangan Tebatan Banjir Alor Gajah Fasa 1 Alor Gajah Melaka.

Fasa 1 projek RTB bernilai RM30 juta itu mula dilaksanakan di tapak berkenaan sejak Ogos 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.

“Pelaksanaan projek ini dijangka menghindarkan risiko banjir membabitkan seramai 1,275 penduduk dengan keluasan 418 hektar akan terhindar dari risiko bencana banjir,” katanya.

Majlis Perasmian Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1, Alor Gajah.

Projek itu merupakan antara tujuh RTB yang sedang dilaksanakan di negeri berkenaan membabitkan peruntukan RM1 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Enam lagi projek membabitkan RTB Sungai Melaka Fasa 1 di Durian Tunggal membabitkan kos RM40 juta; Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong-Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Melaka (RM603 juta); RTB Sungai Duyong (RM163.8 juta); RTB Bandar Merlimau (RM36 juta); RTB Bandar Jasin (RM60 juta) dan RTB Sungai Putat (RM72.83 juta).

PETRA serah 5 Projek Pasang Siap Kepada Melaka

Difahamkan, Program PETRA Skuad Zon Selatan Ke Negeri Melaka bertujuan untuk menyerahkan 5 projek pasang kepada kerajaan Negeri Melaka.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Dewan Bougainvilla, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Majlis Serahan Projek Siap kepada Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia meliputi dua projek membabitkan pemuliharaan muara, satu projek mencegah hakisan pantai dan dua projek pembinaan stesen hidrologi.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon Song Jae-rim ditemui meninggal dunia pada usia 39 tahun, di apartmennya di Seoul, oleh seorang rakan yang sepatutnya keluar makan tengahari bersama petang...

Lokal

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki...

Nasional

Kontinjen FELDA Malaysia, iaitu anak-anak muda cilik dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh Kuantan, Pahang berjaya menjadi wakil negara di World Robot Games 2024...

Lokal

Sebanyak 80 peratus daripada 300 pengunjung yang berhibur di kelab malam Genting Discotheque dikendalikan Genting Hotel pada malam hujung minggu, majoriti dihadiri rakyat Malaysia...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd