Pelawak Jay Pharoah menganggap sahabat baiknya, Pete Davidson adalah kembarnya disebabkan mempunyai saiz kemaluan yang sama sepertinya.
Perkara tersebut didedahkan oleh Jay menerusi sebuah temu bual dengan memaklumkan, Pete pernah memberitahu saiz zakar kepadanya dan ia merupakan salah satu faktor untuk menarik perhatian wanita.
Bukan itu sahaja, Jay turut mendakwa itu adalah asbab mengapa Pete berjaya membuatkan aktor cantik dan terkenal seperti Ariana Grande, Kim Kardashian dan Kate Beckinsale tertarik dengannya.
“Pete ada sesuatu istimewa. Itulah Pete! Ia diwarisi. Saiznya sembilan inci,” ujarnya.
Dalam pada itu, meskipun mempunyai keistimewaan yang mampu menarik perhatian wanita dengan kelebihan saiz zakar yang dimilikinya, Jay turut bersimpati terhadap Pete yang sering kecewa dalam hubungan percintaan.
“Pete, kamu boleh lakukan apa sahaja yang dikehendaki. Kami sentiasa menyokong. Dia memiliki segalanya dalam sebuah perhubungan. Dia seorang yang baik,” kata Jay lagi.
Sekadar info, Pete pernah menjalinkan hubungan bersama Kim namun, mereka telah berpisah pada Ogos lalu dan sehingga kini pelawak yang berusia 28 tahun itu masih belum ada pasangan lain.
Sumber: mStar