Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Aniq Raih Emas Di Fiji, Tebus Kekecewaan Di Olimpik Paris 2024

Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan menebus kekecewaan setelah terlepas pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berjaya mengungguli kategori 61 kilogram(kg) Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji pada Selasa.

Foto: Facebook Persekutuan Angkat Berat Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, lebih membanggakan lagi apabila atlet berusia 22 tahun itu berjaya memperbaharui rekod kejohanan dan peribadi menerusi angkatan keseluruhan 298kg.

Aniq menyempurnakan angkatan snatch 131kg, manakala 167kg bagi clean & jerk, sekali gus memadam rekod 297kg yang dicatat di Paris Ogos lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian perkembangan tersebut dibuat oleh Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat menerusi Facebook.

“Tahniah saudara Aniq menang emas acara 61 kg senior. Alhamdulillah kem angkat berat Malaysia yang mencatat kejayaan cemerlang pada hari pertama di Fiji,” tulisnya.

Pada Olimpik lalu, Aniq ditewaskan dengan kelebihan bebanan 1kg oleh Morris Hampton dari Amerika Syarikat berjaya mengangkat bebanan 298kg seterusnya meraih gangsa.

Selain itu, Mohd Rahimi Sulaiman turut menyumbang pingat emas dalam kategori 55kg menerusi bebanan keseluruhan 228kg.

“Satu permulaan yang baik, namun perlu bekerja keras lagi dalam tempoh setahun ini menjelang Sukan Komanwel 2026 bagi gantikan Aniq,” ujar Ayub.

Malaysia turut menghantar tiga lagi atlet bagi mewakili kejohanan tersebut iaitu Mohd Amin Shukry (61 kg), Muhamad Aznil Bidin (67 kg) dan Muhammad Erry Hidayat (73 kg).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kem angkat berat negara turut disertai atlet wanita, Nurul Syasya Samsur, 15, dalam kategori 59 kg dan Syazawani Radzi (64 kg).

Sumber: Sinar Harian

Avatar
Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd