Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwa Orang Melayu Malas, Makcik Kemboja & Anak Dituduh Esok

Pemilik syarikat jahitan pukal asal Kemboja, Mariyah Yaakob yang juga dikenali sebagai Makcik Kemboja dijangka akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka esok.

Menurut laporan Berita Harian, sebelum ini Mariyah telah mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas dalam satu video tular bulan lalu.

Makcik Kemboja dituduh esok

Foto: Berita Harian 

Dalam pada itu, menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata anak kepada usahawan berkenaan, Ezuan Hafsham Mohd Hisyam turut akan dituduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit esok.
“Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya.

Kes ini akan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Artikel lain: Dikejar 28 MPV Polis, Pemandu Bezza Rupanya Ada 11 Rekod Jenayah

Terdahulu, media melaporkan polis telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk ke Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

Pada masa yang sama, pihak polis telah melakukan soal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain bagi membantu siasatan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: mStar

Terdahulu, Mariyah memuat naik satu video di TikTok mengaku dirinya berketurunan Kemboja selain menyatakan orang Melayu pemalas.

Disebabkan kenyataan tersebut, dia mendapat kecaman daripada pengguna media sosial walaupun video tersebut diakhiri dengan kenyataan dia hanya bergurau.

Meskipun telah mengeluarkan video permohonan maaf, netizen masih tidak berpuas hati dengan pemilik syarikat jahitan pukal itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemarahan warganet ditambah pula selepas Ezuan membuat satu video seolah-olah mencabar netizen untuk bertemu dengannya di kilang mereka.

Namun begitu, Ezuan tampil penjelasan mengenai video tersebut dan menyatakan hanya mencabar bekas pekerja kilang ibunya dan bukan semua netizen.

Malah pada 27 November lalu, Mariyah sekali lagi membuat permohonan maaf kepada orang ramai dalam satu sidang media di kilangnya di Skudai, Johor.

Sumber: Berita Harian (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd