Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dulu Tak Suka Kucing, Kini Ariel Tatum ‘Jatuh Cinta’ Siap Beri Makan Tepi Jalan

Sejak akhir-akhir ini, nama selebriti Indonesia iaitu Ariel Tatum sering ‘dijodohkan’ dengan Nicholas Saputra selepas mereka digandingan bersama dalam filem Sayap Sayap Patah.

Tidak cukup dengan gosip tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu juga menarik perhatian ramai apabila menunjukkan sikap prihatin terhadap kucing jalanan menerusi foto tular di laman Twitter.

Beberapa keping foto dimuat naik di akaun @Aditt_hr memaparkan pelakon, penyanyi dan model itu sedang memberikan makanan kepada dua ekor kucing di tepi sebuah jalan.

Memetik laporan Kompas pada Jumaat, sebelum ini penyanyi lagu Coklat duet bersama Glenn Fredly itu pernah membuat pengakuan bahawa tidak menyukai kucing.

Difahamkan, dia pernah berdepan pengalaman apabila haiwan kesayangan ramai itu kerap mencuri makanannnya sekali gus kurang berminat untuk membela kucing.

Namun, rasa benci itu berubah selepas terdapat seekor kucing yang baru melahirkan empat ekor anak di depan rumah sebelum mengambil keputusan untuk membelanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rata-rata netizen memuji sikap penyayang Ariel dan berharap dia terus membuat amal kebajikan terhadap kucing jalanan.

Sumber: Kompas , Twitter

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd