Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Palsu! Sanusi Nafi Kedah Sorok Beras-“Padam Atau Dihadapkan Ke Mahkamah”

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan kerajaan dibawah kepimpinan beliau terlibat dengan skandal beras tempatan bernilai RM100 juta.

Sanusi nafi, Kedah sorok beras!

Ia berikutan selepas SPRM mengesahkan kegiatan penipuan sebuah syarikat yang mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bagi pembekalan beras bernilai lebih RM100 juta, namun pembekalan tidak dibuat.

Jelas Sanusi, laporan tersebut telah lama berlaku iaitu pada 2016 dan beliau pada ketika itu masih belum dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN).

Bagaimanapun, mengaku terlibat dengan aktiviti ‘pikul’ beras sewaktu menyertai misi kemanusiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Padahal ia berlaku 2016. Tahun itu saya duk pikul beras sungguh lah, tapi di kem pelarian, kerana pada masa itu saya terbabit dengan misi kemanusiaan di kawasan bencana. Memang saya pikul beras masa itu tetapi di tempat lain lah.
“Saya pun tak jadi ADUN lagi pun. Jadi bila lontaran itu dikeluarkan atas kehendak siapa? Saya pun tak tahu, ghairahlah spekulasi dibina seolah-olah punca ketiadaan beras tempatan di Kedah ni punca dia Sanusi. Sorok beras kan, itu spekulasi yang cuba dibina oleh netizen ataupun cybertroopers.
“Saya pun akan bagi depa ni popular atas petikan-petikan yang dibuat berdasarkan laporan itu… serbuan tak pakai ‘helmet’ (fakta) ini saya akan buat balasan kerana mereka memburukkan kerajaan negeri seolah-olah perkara itu disebabkan oleh kerajaan negeri maka beras tempatan tak dak.
“Orang-orang yang tidak memakai helmet ketika membuat serbuan (hantaran dan perkongsian) di media sosial akan diburu,”katanya.

https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/342597755005506/

Mungkin banyak padi tanam di Kedah

Mengulas lanjut, beliau menyatakan ia berkemungkinan kerana negeri dibawah kepimpinannya terlibat dalam kegiatan penanaman padi sehingga membuatkan ramai pihak memberikan tumpuan pada Kedah.

“Contohnya adalah laporan berkaitan dengan kawal selia beras. Bila berlaku ketidakcukupan beras tempatan di pasaran, berlaku kenaikan harga beras import mereka akan cari kambing hitam, siapa nak dipersalahkan.
“Oleh kerana kebanyakan padi dan beras ini di tanam di Kedah. Maka mata orang ramai tertumpu di Kedah…seolah-olah Kedah ni gagal dalam kawal selia padi dan beras. Sebenarnya semua itu di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan terutama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya lagi.

Sanusi

Artikel lain: Sorok 180 Tan Metrik Beras Putih Tempatan, Kilang Beras Di Kedah Disita

Padam hantaran atau ‘mahkamah’

Tegas Sanusi, pihaknya akan memberi tempoh 24 jam kepada media massa dan pemilik akaun media sosial berkenaan untuk memadam hantaran yang dibuat oleh mereka.

Katanya, hantaran tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa Kerajaan Kedah terlibat dengan skandal beras tempatan bernilai RM100 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, jika mereka tidak berbuat demikian, maka pihaknya akan mengarahkan pasukan peguam untuk memulakan tindakan mahkamah.

“Saya beri masa 24 jam untuk menarik balik posting-posting mereka yang memberi gambaran bahawa skandal beras tempatan ni adalah ada kaitan dengan kerajaan negeri, anak syarikat ataupun pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kedah.
“Dalam tempoh 24 jam, sekiranya posting itu tidak ditarik balik atau dipadam, kita akan arahkan pasukan peguam memburu semua pemilik akaun itu untuk kita ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Sanusi

Sanusi berkata, tindakan mahkamah itu juga melibatkan akhbar-akhbar yang membuat laporan tergantung kerana telah memberi gambaran yang salah kepada orang ramai.

“Ia termasuk kepada akhbar-akhbar yang membuat laporan tergantung, memberi gambaran yang salah kepada orang ramai termasuk kepada wartawan-wartawan yang menulis berita itu dan syarikat akhbar yang menerbitkan berita itu.
“Kepada orang yang memanjang-manjangkan berita yang tidak benar itu supaya menjadi satu pengajaran kepada orang ramai,”katanya lagi.

Sanusi

Sumber: FB Muhammad Sanusi Md Nor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali menjadi bualan ramai selepas beliau tersenarai antara pemimpin terkaya di dunia bersama-sama dengan beberapa pemimpin dunia yang lain. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Nasional

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkaitan dengan isu yang melibatkan kedudukan individu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd