Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah hari ini memutuskan bahawa suami ‘dimadukan’ isteri sebelum ini masih kekal sebagai pasangan yang sah.
Suami sumpah tak pernah lafaz cerai
Memetik laporan dari Utusan, Hakim Ahmad Hariri Mohd. Saat telah membuat keputusan bahawa Rahaman Mohamed Jaafar, 47 tidak pernah menceraikan isterinya seperti didakwa selepas lelaki itu membuat sumpah penafian.
“Menerusi lafaz sumpah defendan, maka defendan dan plaintif masih kekal sebagai suami isteri melainkan plaintif hadir ke mahkamah dengan bukti baharu,” kata Ahmad Harir.
Isteri dimadukan suami fail cerai
Susulan daripada itu, mahkamah telah menetapkan 22 Oktober ini sebagai sebutan permohonan cerai yang difailkan pihak isteri, Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Dalam pada itu, Rahaman Mohamed Jaafar ketika ditemui media mengakui sangat bersyukur selepas Mahkamah memutuskan dia dan isteri keduanya itu masih kekal sebagai pasangan yang sah.
Ujarnya, sehingga ke detik ini dia masih lagi menyayangi wanita berkenaan walaupun isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain.
“Alhamdulillah saya berani bersumpah kerana saya tidak pernah melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang didakwa isteri.
“Walaupun isteri ada memfailkan cerai, saya tidak akan melepaskannya kerana sayang saya terhadap dia masih kuat,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan berita seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki lain walaupun masih berstatus isteri orang.
Perkara tersebut terbongkar selepas suami pertamanya mengetahui hal itu dan bertindak memfailkan tuntutan faraq nikah di antara isterinya dengan suami kedua.
Sumber: Utusan Malaysia (Rosmizan Resdi)