Pempengaruh popular indonesia, Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani mendedahkan dia tidak akan mendirikan rumah tangga susulan mengalami masalah batin iaitu mati pucuk.
Menurut laporan mStar, dia membuat keputusan tersebut kerana bimbang bakal isterinya mengalami kekecewaan disebabkan oleh masalah yang dialaminya sebagai seorang lelaki.
“Saya jujur saja dengan anda semua, saya tidak akan bernikah kerana saya mengalami masalah mati pucuk.
“Daripada saya mengecewakan calon isteri, lebih baik saya menahan nafsu seumur hidup. Sudah ya jangan tanya lagi soal (kahwin) ini. Saya tidak akan bernikah kerana tidak mahu menyakiti sesiapa pun,” katanya.
Bukan itu sahaja, pempengaruh yang berusia 35 tahun itu menjelaskan dia mahu fokus sepenuhnya terhadap kerjaya tanpa memikirkan soal cinta.
Malah, sebelum ini juga Mimi Peri pernah menjalin hubungan percintaan namun terputus di pertengahan jalan dan kini bertekad tidak akan mempunyai hubungan dengan mana-mana wanita.
“Saya pun tidak mahu disakiti oleh diri sendiri dan menyakiti orang lain. Saya lebih tenang mencintai diri sendiri… cari duit yang banyak, sudah saya tidak mahu bernikah.
“Sampai bila-bila pun saya tidak mahu bernikah kerana saya sudah banyak dikecewakan oleh wanita dan… Apa pun saya tidak mahu berkahwin,” ujarnya lagi.
Sumber: mStar