Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

95% Pekerja Menara KL Sambut Positif Tawaran Syarikat Konsesi Baharu

Hampir 95 peratus kakitangan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) telah bersetuju untuk menerima tawaran kerja daripada syarikat konsesi baharu, LSH Service Masters Sdn. Bhd. (LSHSM).

Foto: Bernama

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Khairil Faizal Othman, berkata daripada 205 kakitangan yang ditawarkan penempatan semula, seramai 193 orang telah menerima tawaran tersebut yang dikemukakan berdasarkan prinsip “no less favourable”, iaitu dengan faedah dan syarikat kerja setara atau lebih baik berbanding sebelum ini.

“Kami telah memberi tawaran kepada semua pekerja dengan faedah yang sama dan tidak kurang. Seramai 193 orang telah menerimanya, selebihnya ada yang mendapat tawaran baharu dan ada juga yang telah berusia untuk meneruskan kerjaya,” katanya ketika sesi dialog (townhall) bersama staf Menara KL di Kuala Lumpur pada Isnin.

Untuk makluman, LSHSM diberi konsesi selama 20 tahun bermula 1 April lalu bagi menguruskan operasi Menara KL, menggantikan konsesi terdahulu oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) yang tamat pada 31 Mac.

Bagaimanapun, Khairil memaklumkan bahawa hampir 40 pekerja, vendor dan subkontraktor mewakili syarikatnya telah dihalang daripada memasuki premis Menara KL tepat tengah malam pada 1 April oleh pihak pengurusan terdahulu.

Foto: freemalaysiatoday 

Berikutan itu, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kerana tindakan tersebut menjejaskan pematuhan syarikat terhadap obligasi kontrak yang telah dipersetujui bersama kerajaan.

Beliau berkata buat masa ini kesemua 193 pekerja terlibat sedang bekerja dari rumah dan pihaknya sedang menyusun jadual bagi membolehkan mereka bekerja mengikut giliran di Laman Seri Harmoni (LSH33), Kuala Lumpur buat sementara waktu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sangat bersedia untuk memulakan operasi seperti termaktub dalam kontrak, tetapi telah dihalang… termasuk dari segi penjualan tiket dan menerima pengunjung. Jadi buat masa ini, kami tidak dapat memberi anggaran kerugian.
“Buat masa ini, tiada tarikh pengurusan kes di mahkamah atau tarikh yang membolehkan kami mula beroperasi di Menara KL. Namun, kami sentiasa bersedia untuk mematuhi komitmen kami dengan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Lim Keng Cheng, menyatakan hasrat syarikat untuk menjadikan Menara KL sebagai salah satu mercu tanda dunia, sejajar dengan keunikan lokasi serta daya tarikan tersendiri.

Foto: theedgemarkets

“Walaupun terdapat banyak pencakar langit di Kuala Lumpur, Menara KL tetap unik kerana kedudukannya yang berdekatan dengan hutan serta pemandangan kota yang menakjubkan, ditambah dengan restoran berputar yang menawarkan pengalaman 360 darjah.
“Kami serahkan isu ini kepada mahkamah dan peguam kami, tetapi komitmen terhadap kebajikan kakitangan tetap menjadi keutamaan.
“Sepanjang sesi townhall ini, kami akan mengumpul nota dan maklum balas daripada staf bagi penambahbaikan. Kami juga tidak mahu menukar sesuatu yang sememangnya sudah baik,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Hydroshoppe Sdn Bhd, pemegang saham tunggal MKLSB, telah memfailkan saman terhadap kerajaan bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM1 billion susulan penamatan kontrak pengendalian Menara KL.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd