Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

18 Tahun Berkhidmat, Majikan Sebak Hantar Pulang Pekerja Bangladesh

Seorang majikan dilihat sebak sewaktu menghantar pulang pekerja Bangladesh yang sudah 18 tahun berkhidmat dengannya.

@en.mustafakamal

18 tahun pekerja Bangla berkhidmat setia bersama menjaga kebun. Tanpa mereka, kebun takkan sampai ke tahap ini. Hari ini tiba masa berpisah, mereka terpaksa pulang ke tanah air. Terima kasih atas segala jasa, takkan pernahlupa. #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #tiktokviral #usahawanberjaya #tiktokmalaysia #berkebun #petani #bangladeshtiktok #bangladesh #bangladesh🇧🇩tiktok

♬ Dil Ne Ye Kaha Hai Dil Se – Jalraj

18 tahun berkhidmat, dari kebun sehingga jadi ladang

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai en.mustafakamal, dia dilihat memeluk erat pekerja-pekerjanya yang bakal pulang ke Tanah Air mereka selepas tempoh masa berkhidmat di Malaysia sudah tamat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, para pekerja tersebut sangat berjasa kerana telah membantu menguruskan kebun sehingga kini sudah menjadi ladang.

“18 tahun pekerja Bangladesh berkhidmat setia bersama menjaga kebun,” ujarnya.

18 tahun berkhidmat, setia sehingga pulang ke negara asal

Melalui kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok turut mengucapkan terima kasih kepada para pekerjanya kerana setia serta tidak akan pernah melupakan segala jasa yang telah ditabur sepanjang bekerja dengannya.

Tanpa mereka, kebun takkan sampai ke tahap ini. Hari ini tiba masa berpisah, mereka terpaksa pulang ke tanah air. Terima kasih atas segala jasa, takkan pernah lupa,” tulisnya lagi.

Artikel lain: Lama Tunggu Tiada Siapa Tolong, Pak Cik Kehabisan Minyak Motor Sebak Dibantu Pemuda Prihatin

Kalau 18 tahun tu kira tulang belakang kejayaan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui turut sebak dengan momen perpisahan itu apabila para pekerja Bangladesh berkenaan menitiskan air mata sewaktu memeluk majikan mereka sebelum menaiki pesawat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga akui terkesan apabila melihat para pekerja berkenaan sayu untuk meninggalkan majikan yang sudah berbelas tahun bekerja bersama sehinggalah tempoh waktu berada di Malaysia tamat.

18 Tahun Berkhidmat

Pekerja menangis maknanya majikan bagus

Sebab tu kita kena baik dengan semua orang

 

 

Pak Cik beruntung akan terus didoakan orang-orang baik

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majikan yang baik sememangnya akan sentiasa dikenang oleh pekerja walaupun sudah tidak bersama lagi. Semoga orang-orang baik ini diberi kemuliaan dan dipermudahkan segala urusan di masa hadapan.

Sumber: TikTok en.mustafakamal

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya remaja berusia 13 tahun itu dimasukkan ke dalam mesin...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Lokal

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd