Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

130 Pelanggan Rugi Hampir RM 700,00, Pusat Kesihatan Dan Kecantikan Tutup Tanpa Notis

Sebuah pusat kesihatan dan kecantikan atau spa disiasat polis selepas dipercayai terlibat dalam penipuan membabitkan lebih 130 individu di seluruh Johor dengan jumlah kerugian dianggarkan hampir RM700,000.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata ihaknya telah menerima sebanyak 130 laporan polis berkaitan kes tersebut sejak awal Mei lalu.

Foto: The Star

“Mangsa mendakwa mereka ditawarkan pakej rawatan yang boleh digunakan di mana-mana cawangan syarikat itu di seluruh negara pada bila-bila masa, bergantung kepada jumlah rawatan yang dipilih.
“Tetapi selepas membuat bayaran, mangsa mendapati mereka tidak lagi dapat menghubungi pihak syarikat bagi menetapkan tarikh rawatan.
“Mereka kemudian menyedari telah ditipu apabila semua cawangan syarikat itu didapati telah ditutup tanpa sebarang notis,” katanya.

Sebelum ini, turut diaporkan bahawa lebih 1,000 pelangggan mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas spa yang mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara tersebut menamatkan operasi tanpa makluman awal.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Perkhidmatan Awam MCA, Heng Zhi Li memaklumkan bahawa harga bagi setiap sesi rawatan ditawarkan pada kadar RM288 hingga RM388 sebulan, manakala pakej penuh yang dijual mencecah antara RM2,400 hingga RM10,000.

Foto: Kosmo!

Setakat ini jumlah kerugian dilaporkan di Johor sahaja telah mencapai RM 698,155.

Siasatan dijalankan di bawah 420 Kanun Kesiksaan kerana menipu, dan jika sabit kesalahan individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nuratikah Athilya Hassan)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd