Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan.
Serbuah dibuat hasil risikan dan maklumat orang awam pada jam 1 pagi pertengahan bulan lalu yang turut membawa kepada penemuan ratusan kondom dan ubat HIV.
Hampir 100 lelaki ditahan, pesta sejenis

Foto: NasionalDaily
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memberitahu hanya 20 lelaki sahaja yang ditahan ketika serbuan manakala selebihnya dipercayai sudah pulang setelah pertemuan itu ditamatkan.
“Kita mendapat maklumat kumpulan gay berkenaan menyewa sebuah banglo untuk acara makan-makan dalam kalangan mereka dan hasil risikan kami pertemuan itu dihadiri hampir 100 gay.
“Namun ketika serbuan dilakukan sebahagian besar sudah pulang dan terdapat 20 lelaki ditahan. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom.
“Kita percaya pertemuan itu diadakan untuk aktiviti hubungan terlarang berdasarkan penemuan kondom dan ubat HIV, namun aktiviti hubungan itu belum lagi dilakukan,” kata Mohd Yusoff hari ini.
Hasil siasatan terhadap 20 lelaki yang ditahan, pihak polis mendapati mereka menghidap HIV dan menawarkan perkhidmatan seks secara percuma kepada mereka yang berminat.

Foto: Malaysiakini
“Daripada 20 lelaki berkenaan, tiga daripadanya kita berjaya tuduh di mahkamah memandangkan terdapat video hubungan terlarang lelaki sesama lelaki dalam telefon bimbit mereka.
“Kesemua mereka yang menyertai pertemuan itu adalah orang Kelantan dan masing-masing mempunyai pekerjaan. Majlis pertemuan itu juga dimuat naik di media sosial untuk menarik lebih ramai peserta,” jelasnya.
Artikel lain: Tayang Gambar Berseragam Di Kelab Malam, Anggota Tentera Ditahan
Difahamkan, polis akan menjalankan risikan lanjut berhubung sejauh mana aktiviti itu berlaku di negeri ini memandangkan ia adalah kes yang pertama.
Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)
