Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Saksi Dedah Zara Qairina Sering Ungkap Mahu Cederakan Diri, Kerap Disyaki Mencuri

Mahkamah Koroner Kota Kinabalu, diberitahu bahawa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sering menyuarakan hasrat mahu mencederakan diri sendiri kerana kecewa dengan kehidupannya, selain kerap menjadi sasaran apabila berlaku kes kecurian di sekolah.

Zara Qairina ulang 10 kali mahu bunuh diri

Menurut laporan Sinar Harian, Peguam Azhier Farhan Arisin berkata keterangan diperoleh daripada saksi kanak-kanak kedua yang menyatakan Zara pernah berkata dirinya tidak layak hidup dan lebih baik mati.

zara qairina

Foto: Sinar Harian

Dua saksi lain turut memberi kenyataan sama, manakala saksi ketiga menceritakan insiden di dormitori malam kejadian.

Saksi kedua merujuk kepada catatan dalam sebuah diari yang dipercayai ditulis Zara, antaranya mengadu ‘Ya ALLAH kenapa aku dibenci, kenapa aku tidak disukai oleh orang’,” katanya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Arwah Dipanggil Senior Sebelum Menangis

Manakala menurut laporan Berita Harian pula, Peguam Joan Goh mendedahkan dua saksi lain menyatakan Zara lebih 10 kali menyebut mahu membunuh diri, dan sering disyaki apabila berlaku kehilangan barang di sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada 14, 15 dan 16 Julai, Zara dipanggil setiap kali berlaku isu kecurian kerana pernah dituduh mengambil bekas air milik orang lain,” ujarnya.

zara qairina

Datuk Ram Singh menambah, beliau terkejut dengan keterangan saksi ketiga yang mendakwa wujud penggunaan kata-kata kesat terhadap Zara.

Dalam pada itu, Azhier turut menyimpulkan bahawa Zara dipanggil memberikan penjelasan selepas seorang pelajar lain mengadu kepada ketua dormitori mengenai kehilangan barang.

Namun, pada masa sama sekumpulan pelajar Tingkatan Satu bertindak menyelongkar beg dan lokar Zara tanpa sebarang arahan daripada senior, sebelum mendakwa menemui satu lencana yang pernah dilaporkan hilang.

zara qairina

“Menurut saksi, seorang ketua dormitori didakwa melemparkan kata-kata kesat terhadap Zara. Keadaan itu menimbulkan kemarahan seorang pelajar senior walaupun Zara menafikan mencuri, malah bersumpah tidak melakukannya.
“Saksi juga menyatakan selepas insiden itu semua pelajar kembali ke bilik asrama masing-masing termasuk Zara Qairina, dan tidak mendengar sebarang bunyi mencurigakan pada malam 15 Julai lalu,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin), Berita Harian (Olivia Miwil)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd