Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

WHO Lapor Kes Kematian Manusia Pertama Akibat Selesema Burung Di Mexico

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kematian seorang mangsa yang dijangkiti selesema burung (H5N2) selepas mengalami komplikasi kesihatan di Mexico pada 24 April lalu.

Menurut satu laporan Reuters, WHO memaklumkan bahawa sumber pendedahan virus kepada mangsa masih belum diketahui namun risiko jangkitan virus tersebut kepada populasi umum adalah rendah.

Foto: CNN

“Penduduk Negeri Mexico berusia 59 tahun itu telah dimasukkan ke hospital di Mexico City dan meninggal dunia pada 24 April selepas mengalami demam, sesak nafas, cirit-birit, loya dan ketidakselesaan umum.
“Walaupun punca pendedahan virus tersebut pada masa ini masih tidak diketahui, virus A (H5N2) dilaporkan terdapat dalam ternakan ayam dan itik di Mexico,” katanya.

WHO juga melaporkan kejadian tersebut merupakan kes jangkitan manusia pertama yang disahkan oleh makmal dengan virus influenza A(H5N2) di seluruh dunia dan virus H5 burung pertama dilaporkan pada seseorang di Mexico.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: alchetron.com

“Mangsa tidak mempunyai sejarah terdedah kepada ternakan ayam dan itik atau haiwan lain tetapi mempunyai pelbagai komplikasi perubatan asas dan telah terlantar selama tiga minggu atas sebab (penyakit) lain, sebelum timbulnya gejala akut.
“Kes itu tidak berkaitan dengan wabak selesema burung H5N1 di Amerika Syarikat yang setakat ini menjangkiti tiga pekerja ladang tenusu,” ujarnya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mexico pula berkata, sumber jangkitan masih belum dikenal pasti dan mangsa tersebut sebelum ini menghidap penyakit buah pinggang kronik dan diabetes tahap dua.

Pakar influenza di Universiti Johns Hopkins, Andrew Pekosz berkata, penghidap penyakit kronik berisiko dijangkiti virus influenza dan mengalami gejala yang lebih teruk, walaupun hanya dengan selesema bermusim.

Foto: news.ltn.com.tw

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapi bagaimana individu ini dijangkiti adalah menjadi tanda tanya besar,” katanya.

Untuk makluman, kerajaan Mexico melaporkan wabak A(H5N2) dalam unit keluarga terpencil di negeri barat Michoacan pada bulan Mac, namun kes tersebut tidak mendatangkan risiko terhadap kawasan perladangan komersial yang jauh dan juga kesihatan manusia.

Sumber: Reuters

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd