Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ibu Dijemput Ilahi Sebelum Majlis, Wanita Teruskan Akad Nikah Depan Jenazah

Tarikh 8 Februari yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidup seorang wanita bertukar menjadi saat penuh duka apabila ibunya meninggal dunia hanya enam jam sebelum majlis perkahwinannya berlangsung di Ampang, pada Ahad lalu.

Wanita teruskan akad nikah depan jenazah ibu

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie, 26, ibunya menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 3 pagi. Namun atas hajat arwah yang menghidap kanser pankreas tahap empat, dia tetap meneruskan sesi akad nikah di hadapan jenazah ibunya.

Wanita teruskan akad nikah

Rakaman majlis akad nikah pasangan itu kemudiannya tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk kecaman daripada netizen yang mempersoalkan tindakan tersebut.

Bercerita kepada Kosmo! Online, Wanie berkata, dia mempunyai hasrat untuk melangsungkan perkahwinan dengan kehadiran ibunya, namun tidak menyangka wanita berusia 70 tahun itu dijemput Ilahi pada hari sama dengan majlis yang telah lama dirancang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepatutnya saya merancang untuk bernikah pada Disember tahun ini, namun majlis tersebut terpaksa diawalkan selepas mengetahui tentang masalah kesihatan emak pada penghujung tahun lalu.
“Emak memang teringin te­ngok saya bernikah. Itu hajat terakhirnya. Jadi apabila emak me­ninggal dunia awal pagi semalam (kelmarin), saya memilih untuk meneruskan majlis ini walaupun arwah sudah tiada,” katanya.

Wanita teruskan akad nikah

Wanie berkongsi, ibunya sebelum ini berada dalam keadaan sihat sebelum warga emas itu terjatuh pada Oktober tahun lalu, namun pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang masalah serius.

Artikel lain: “Mereka Tak Sempat Lihat…” – Abdur Rahman Mohon Sunting Foto Nikah Bersama Arwah Keluarga

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut mendapati ibunya disahkan menghidap kanser pankreas tahap empat dan dimaklumkan oleh doktor bahawa jangka hayat wanita berkenaan tidak panjang.

“Semua ikhtiar termasuk rawatan sudah dilakukan, bila ajalnya sampai memang tidak boleh buat apa-apa,” ujar anak bongsu daripada enam beradik itu.

Wanita teruskan akad nikah

Dalam masa yang sama, dia tidak mengendahkan kecaman yang dilemparkan netizen kerana tindakannya itu dibuat semata-mata bagi menunaikan permintaan terakhir arwah ibunya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, beberapa rakaman video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang wanita melangsungkan akad nikah di hadapan jenazah ibu dipercayai di sebuah surau.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Rasdan Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Trend menyewa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk pulang beraya semakin mendapat sambutan, apabila kebanyakan syarikat sewa kereta melaporkan semua unit mereka habis ditempah....

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd